saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 04/08/2012

Teruskan tanggungjawab sosial kepada golongan memerlukan - Rosmah

ROSMAH Mansor menyampaikan sumbangan bantuan Hari Raya Aidilfitri 2012 Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) kepada pelajar-pelajar sekolah di Pusat Rekreasi Cheras, Kuala Lumpur, semalam. Di sebelah Rosmah ialah Syed Ali Alhabshee. - UTUSAN/MOHD. NOOR MAT AMIN

KUALA LUMPUR 3 Ogos - Badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan, pihak swasta dan juga badan-badan amal kebajikan disaran meneruskan tanggungjawab sosial kepada masyarakat, khususnya kepada golongan yang memerlukan.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, ini kerana tanggungjawab sosial mereka itu akan menjadi sebagai satu penyuntik semangat kepada golongan yang memerlukan dalam meraikan hari lebaran kelak.

"Pada kebiasaannya, golongan yang paling menikmati suasana Aidilfitri adalah kanak-kanak. Sekiranya kita mengimbas kembali sambutan hari raya yang dilalui sebelum ini, pastinya kenangan Aidilfitri terindah adalah sewaktu di zaman kanak-kanak.

"Justeru, melalui sumbangan hari raya yang diberikan kepada golongan anak-anak yatim, orang kurang upaya (OKU) dan mereka yang kurang berkemampuan, saya yakin ia dapat menambah kegembiraan dan kebahagiaan kanak-kanak kerana hari raya merupakan kemuncak kesyukuran setelah berjaya menyempurnakan ibadah berpuasa di bulan Ramadan," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis sumbangan bantuan Hari Raya Aidilfitri 2012 Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) di Pusat Rekreasi Cheras di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi YPC, Datuk Syed Ali Alhabshee; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Mahadi Abdul Shukor dan Timbalan Pengarah Pelajaran Daerah Bangsar Pudu, Ismail Musa.

Pada majlis itu, seramai 430 pelajar termasuk 394 orang daripada 37 sekolah angkat YPC dan seramai 36 orang jemputan khas daripada Rumah Taman Sri Putri Cheras menerima sumbangan.

Masing-masing menerima wang tunai berjumlah RM100 setiap seorang, beras dan barangan makanan.

Sementara itu, Rosmah menyeru mana-mana badan kerajaan dan bukan kerajaan yang memberi tumpuan kepada pembangunan anak negara ini supaya dapat memastikan ia dilaksanakan secara holistik dan tidak tertumpu kepada pembangunan akademik semata-mata.

Ini kerana katanya, ia perlu melibatkan aspek kebajikan pelajar selain daripada membimbing mereka di dalam bidang pelajaran.

Dalam pada itu, Syed Ali berkata, pada tahun ini seramai 2,000 penerima terdiri daripada ibu tunggal, OKU, anak-anak yatim dan golongan yang memerlukan akan mendapat sumbangan bantuan hari raya.

"YPC berasa cukup bertuah kerana tahun ini sebanyak RM400,000 peruntukan diamanahkan oleh badan korporat dan orang perseorangan untuk disalurkan kepada golongan yang memerlukan.

"Jika sebelum ini hanya dua majlis sumbangan bantuan dilakukan tetapi pada tahun ini, YPC akan mengadakan empat majlis yang melibatkan seramai 2,000 penerima,: katanya.

Menurut Syed Ali, pihaknya juga menyasarkan untuk membantu seramai 500 orang lagi selain disalurkan kepada surau dan masjid di kawasan Parlimen Cheras.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh
Zuhur
Asar
Maghrib
Isyak



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.