saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 04/08/2012

Tilawah DMDI perkasa budaya hayati al-Quran - Ali Rustam

MOHD. Ali Rustam bersalaman dengan sebahagian peserta Tilawah Al-Quran DMDI Peringkat Antarabangsa 2012 di Masjid Al-Azim, Melaka, kelmarin.

MELAKA 3 Ogos - Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) akan terus menganjurkan Majlis Tilawah Al-Quran DMDI Peringkat Antarabangsa setiap tahun bagi memperkasakan kesatuan, perpaduan dan kemajuan ummah, khususnya dalam kalangan 300 juta umat Melayu Islam di dunia.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, melalui penganjuran majlis tersebut ia dapat memperkasa serta menyuburkan budaya membaca dan menghayati al-Quran terutamanya dalam bulan Ramadan.

Menurutnya, selaras dengan objektif itu, DMDI telah memilih tema ‘DMDI Transformasi Kemajuan Ummah’ pada majlis tilawah tahun ini.

“Sebagai ummah yang beriman, maka sewajarnya al-Quran dijadikan panduan dan sumber rujukan utama dalam apa juga kegiatan hidup.

“Sama ada dari sudut akidah, syariat mahupun akhlak, khususnya dalam menangani pelbagai permasalahan dan cabaran semasa untuk mencapai kehidupan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat," katanya.

Beliau berucap merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran DMDI Peringkat Antarabangsa 2012 di Masjid Al-Azim di sini malam tadi.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Othman Muhammad dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Datuk Yaakub Md. Amin.

Majlis tilawah kali ketiga ini diadakan sejak 2010 anjuran Sekretariat DMDI dengan kerjasama Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Seramai 31 qari dan 27 qariah dari 11 negara DMDI termasuk peserta dari seluruh negeri kecuali Kuala Lumpur dan Kelantan mengambil bahagian pada majlis yang berlangsung selama empat hari yang berakhir Ahad ini.

Sebanyak 10 negara yang menyertai majlis tersebut ialah Indonesia, China, Singapura, Kemboja, Thailand, Afrika Selatan, Filipina, Mesir, Brunei dan Timor Leste.

Pada malam pertama majlis itu diadakan, seramai 14 qari dan qariah memperdengarkan bacaan, antaranya dari surah al-Ma‘idah, al-Namlu, at- Taubah dan al-A’raf.

Johan bagi kategori qari dan qariah masing-masing bakal membawa pulang wang tunai RM10,000, piala, sijil dan hadiah iringan pada majlis penutup yang akan diadakan Ahad ini.

Tempat kedua dan ketiga akan menerima hadiah wang tunai RM7,000 dan RM5,000 beserta piala, sijil dan hadiah iringan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.