saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 08/08/2012

Kejayaan ekonomi Malaysia hasil sumbangan semua rakyat

KUALA LUMPUR 7 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan penghargaan kepada kecemerlangan, dedikasi serta kesungguhan rakyat Malaysia yang terdiri daripada usahawan, graduan sehingga pekerja dalam industri-industri utama atas sumbangan mereka mengekalkan kejayaan ekonomi negara ketika ini.

Perdana Menteri berkata, pada masa sama, faktor kejayaan ekonomi negara itu juga adalah hasil daripada pengawasan ekonomi yang mantap oleh pihak kerajaan, khususnya melalui pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi (ETP), sekali gus menyediakan asas kukuh bagi negara untuk bersaing.

Seperkara lagi, beliau berkata, Malaysia tidak pernah mengamalkan kapitalisme tidak berkawal yang dianggap mampu memberi kejayaan serta-merta kerana terbukti ia membawa kepincangan terhadap beberapa ekonomi semenjak krisis kewangan global.

"Sebaliknya, kami telah memberikan tumpuan dalam memastikan kestabilan yang akhirnya membawa kepada kejayaan jangka panjang.

"Sebagai Perdana Menteri, amat mudah, namun salah bagi saya untuk mengambil kredit terhadap kejayaan ekonomi ini. Pujian sebenarnya harus diberikan kepada kecemerlangan para usahawan, kesungguhan generasi muda, para graduan dan terutamanya dedikasi beratus-ratus ribu rakyat Malaysia yang bekerja dalam industri-industri utama,'' katanya.

Beliau berkata demikian di dalam blog 1Malaysia di http://1malaysia.com.my.

Perdana Menteri berkata, dalam usaha meletakkan kedudukan ekonomi sentiasa berdaya saing, kerajaan juga telah meliberalisasikan sektor perkhidmatan, menumpukan pelaburan terhadap industri-industri pertumbuhan utama dan mempelbagaikan pelaburan negeri dalam syarikat-syarikat yang telah mantap.

"Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) dan IHH Healthcare Bhd. (IHH) adalah antaranya. Selama beberapa tahun, kerajaan telah memiliki pegangan majoriti dalam syarikat-syarikat tersebut dan pada tahap tertentu, ia dilindungi daripada ragam pasaran sehinggalah mereka cukup matang untuk dilepaskan,'' katanya.

Beliau berkata, kini FGV adalah syarikat minyak sawit ketiga terbesar di dunia dari segi keluasan, manakala IHH pula pengendali hospital terbesar di Asia.

Perdana Menteri di dalam blognya juga telah memetik kata-kata seorang wartawan berhubung kesan penyenaraian FGV dan IHH di Bursa Malaysia baru-baru ini.

"(Kata wartawan tersebut) Selamat datang ke Kuala Lumpur, sebuah bandar IPO (tawaran awam permulaan) iaitu bank-bank sedang menikmati manfaat daripada pertumbuhannya yang pesat pada kadar yang menakjubkan," katnya yang juga Menteri Kewangan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:09
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.