saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 08/08/2012

1,000 pelajar jadi 'pelarian'

SEBAHAGIAN pelajar dari Sabah yang baru tiba di Unisel tetapi tidak dapat mendaftar masuk ke asrama masing-masing di Bestari Jaya, Selangor, semalam.

KUALA SELANGOR 7 Ogos - Lebih 1,000 pelajar Universiti Selangor (Unisel) kini hidup bagaikan 'pelarian perang' kerana mereka terpaksa tinggal di merata tempat akibat tidak diberikan kunci asrama di kampus Bestari Jaya dekat sini walaupun telah mendaftar masuk sejak seminggu lalu.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, beberapa pelajar mengaku terpaksa tidur di surau atau menumpang di bilik rakan-rakan sejak Jumaat lalu.

Seorang pelajar dari Pahang, Azzyati Norazmi, 20, mengakui, dia terpaksa 'tebal muka' dengan menumpang di bilik asrama rakannya.

"Keadaan ini memang menyusahkan. Saya gusar dengan nasib saya selepas ini kerana pelajar-pelajar senior yang berkongsi bilik dengan rakan saya dan sedang bercuti akan pulang semula untuk mendaftar minggu depan.

"Pihak kolej mencadangkan kami supaya tinggal sementara di Asrama Kota Puteri tetapi ramai yang menolak kerana tiada kemudahan asas seperti kedai makan dan pengangkutan.

"Keadaannya juga agak menakutkan kerana ramai warga asing yang tinggal di sekitar kawasan tersebut," katanya, ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, pelajar semester satu jurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Noratiqah Hashim, 20, berkata, perasaan gembiranya untuk memasuki universiti kini terbantut ekoran masalah tersebut.

"Pada Jumaat lalu saya telah datang untuk mendaftar tetapi tidak diberikan kunci dan diminta pulang ke rumah dan datang semula hari ini bagi mengambil kunci," katanya.

Menurutnya, ibu bapanya juga kecewa dengan keadaan tersebut kerana menyusahkan mereka yang terpaksa berulang-alik dan mengambil cuti sehingga dua kali untuk menyelesaikan perkara yang sama.

"Mujur rumah saya dekat, jadi saya boleh pulang dan datang semula. Kasihan kepada rakan-rakan yang datang dari jauh seperti Sarawak dan Sabah. Mereka terpaksa tidur di surau selama beberapa malam," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Unisel, Mohd. Jeffri Abu Hassan memberitahu, pihaknya sudah berbincang dengan Bahagian Unit Kebajikan Unisel dan mereka berjanji akan menyelesaikan segera masalah tersebut.

Buat sementara, katanya, semua pelajar yang tidak mendapat asrama akan ditempatkan di penempatan sementara iaitu di asrama sedia ada dan jika penuh, mereka akan dihantar ke asrama sementara di Kota Puteri.

"Jika masalah itu tidak selesai juga, kami akan membuat cadangan kepada pihak universiti untuk meminta pelajar mendaftar semula selepas Hari Raya Aidilfitri," katanya.

Pada 4 Ogos lalu akhbar melaporkan tentang keresahan lebih 3,000 pelajar universiti itu apabila mereka bakal berhadapan dengan masalah tempat tinggal berikutan pengurusan kolej kediaman Unisel enggan membenarkan mereka menduduki asrama masing-masing.

Masalah itu didakwa berlaku kerana Unisel tidak melunaskan kos pengurusan kolej kediaman kepada pihak syarikat konsesi selama 17 bulan bagi kampus induk dan lapan bulan bagi kos pengurusan asrama.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.