saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 09/08/2012

Projek Langat 2 diteruskan

PUTRAJAYA 8 Ogos - Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Isu-isu Air Selangor memutuskan untuk meneruskan pelaksanaan projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) biarpun tidak memperoleh perintah pembangunan daripada kerajaan Selangor.

Keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis lalu di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air di sini.

Menurut kenyataan sekretariat itu, jawatankuasa bersetuju tender melaksanakan projek tersebut diteruskan berdasarkan kapasiti air terawat sedia ada dan projek mitigasi yang telah diluluskan hanya dapat menampung permintaan sehingga 2016 sahaja.

"Selain itu, penangguhan pembinaan komponen Langat 2 dan sistem agihan air yang sepatutnya dimulakan pada 2010 akan menyebabkan penambahan kapasiti air terawat bagi menampung kekurangan air pada 2014 tidak dapat dipenuhi.

"Berikutan itu, kerajaan Persekutuan terpaksa mengeluarkan belanja tambahan sebanyak RM600 juta untuk melaksanakan projek mitigasi yang telah mengakibatkan pembaziran wang rakyat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, pelaksanaan projek tersebut merupakan pilihan terbaik dari segi kewangan, teknikal dan sosial bagi memastikan pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mendapat bekalan air yang mencukupi sehingga 2020.

Katanya, opsyen itu dipilih berdasarkan kajian yang dilaksanakan pada tahun 2000 dan telah dipersetujui oleh kerajaan Selangor.

Dalam pada itu, kenyataan itu berkata, kerajaan Persekutuan turut memutuskan memberi kebenaran kepada kerajaan Selangor melaksanakan skim penstrukturan semula selagi ia mematuhi Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, semua perjanjian konsesi air dan semua undang-undang yang berkuatkuasa.

Katanya, keputusan itu selaras dengan pendirian kerajaan Persekutuan yang tidak menghalang kerajaan Selangor melaksanakan model penstrukturan yang dihasratkannya.

"Bagaimanapun, berbeza dengan negeri lain, model yang dihasratkan oleh kerajaan Selangor memerlukan mereka mengambil alih syarikat-syarikat konsesi air di Selangor.

"Pada masa ini penglibatan kerajaan Persekutuan menerusi Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) terhad kepada pengambilalihan liabiliti dan aset air sahaja," katanya.

Menurutnya, fungsi pengurusan aset itu tidak membenarkan pegangan ekuiti dalam sesebuah syarikat operator air, justeru, jawatankuasa itu tidak berhasrat campur tangan dalam urusan tersebut.

"Namun, kerajaan Persekutuan melalui PAAB bersedia pada bila-bila masa untuk mengambil alih liabiliti dan aset air berkaitan dengannya sebagai mana di negeri lain seperti dalam tiga tawaran kepada kerajaan Selangor sebelum ini untuk pengambilalihan itu," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.