saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 16/08/2012

Seksyen 114A Akta Keterangan wajar dikaji untuk keadilan semua pihak

KUALA LUMPUR 15 Ogos - Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 wajar dikaji semula kerana ia tidak memberi keadilan kepada pihak yang jelas tidak bersalah, sebaliknya kebebasan kepada yang sepatutnya diambil tindakan.

Bekas Presiden Majlis Peguam, Khutubul Zaman Bukhari (gambar) berkata, adalah lebih baik perkara-perkara di bawah Seksyen 114A itu dinilai menerusi undang-undang sedia ada kerana ia lebih relevan.

''Saya amat bersetuju dengan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Justeru di pihak Kabinet ia memerlukan kajian yang lebih komprehensif iaitu bagaimana kita hendak mengatasi masalah itu dengan lebih adil dan telus.

''Tambahan, zaman ini sesiapa sahaja boleh menulis tanpa perlu menonjolkan identiti. Sehubungan itu, sememangnya tidak adil untuk meletakkan beban bukti kepada orang yang tidak bersalah,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas arahan Perdana Menteri kepada Kabinet supaya membincangkan Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 yang menjadi isu besar dalam alam maya ekoran akta tersebut dikatakan berat sebelah.

Sementara itu, Ketua Kluster Governan, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara, Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod memuji sikap Perdana Menteri yang sentiasa terbuka menerima keluhan daripada rakyat.

Kata beliau, sudah semestinya tindakan itu sukar untuk dilihat di mana-mana negara lain terutama apabila ia melibatkan undang-undang dan polisi.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak bahawa keputusan kerajaan itu sedikit sebanyak telah memberi satu implikasi yang buruk di kalangan rakyat.

''Seharusnya perkara itu harus dikaji secara teliti sebelum dipinda. Memang ramai yang tidak bersetuju dengan undang-undang tersebut. Ia memang berat sebelah.

''Saya berpendapat adalah lebih baik satu undang-undang khas mengawal fitnah di Internet dapat diteliti oleh pihak kerajaan, mungkin ia lebih relevan untuk dipraktikkan,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.