saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 23/08/2012

Jenayah warga asing meningkat

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Kes pergaduhan dan pembunuhan membabitkan rakyat asing yang bekerja atau belajar di negara ini dilaporkan semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Ini kerana dalam tempoh empat hari sepanjang minggu lalu sahaja, terdapat tiga kes pergaduhan yang membawa kematian membabitkan warga asing di ibu negara.

Ketiga-tiga kes tersebut membabitkan pergaduhan rakyat asing sesama rakan senegara iaitu warga Nigeria, Myanmar dan Iran.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, kes pertama berlaku pukul 11.30 malam pada Khamis minggu lalu membabitkan mangsa seorang lelaki Nigeria berusia 27 tahun.

Menurutnya, mangsa yang belajar di sebuah kolej di Jalan Sultan Ismail cedera parah dan mati pada Ahad lalu setelah diserang dengan botol kaca oleh sekumpulan lelaki juga dari Nigeria berhampiran Pasar Raya Carrefour di Kepong.

"Mangsa diserang semasa dalam perjalanan pulang ke Kepong oleh suspek yang dipercayai dikenalinya menyebabkan dia cedera parah dan mati setelah empat hari dirawat di hospital," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Chin Wah berkata, dua hari selepas kejadian tersebut, satu lagi kes pergaduhan membawa kematian membabitkan warga asing dengan rakyat senegara dilaporkan berlaku di sebuah kelab hiburan di ibu negara.

Beliau berkata, kes kedua itu membabitkan pergaduhan seorang pelancong dari Iran dengan dua rakyat senegara yang tinggal di negara ini.

Katanya, dalam pergaduhan itu, mangsa cedera parah dan meninggal dunia pada awal pagi keesokannya.

"Polis telah memberkas dua lelaki Iran masing-masing berusia 27 dan 40 tahun untuk siasatan lanjut tetapi punca pergaduhan masih belum diketahui," ujarnya.

Menurut Chin Wah, keesokannya iaitu semasa hari raya pertama, seorang lelaki Myanmar dilaporkan mati dan tiga rakannya cedera parah setelah terbabit dalam pergaduhan dengan rakyat senegara tetapi berlainan etnik di Jalan Landak, Off Jalan Pudu di sini.

Beliau berkata, setakat ini, polis sudah memberkas tujuh lelaki Myanmar dari dua kumpulan etnik berbeza untuk siasatan lanjut.

"Orang ramai khususnya rakyat tempatan bagaimanapun tidak perlu terlalu risau kerana keadaan keselamatan di sini masih terkawal," tegasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.