saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 28/08/2012

Dibekal baju kalis peluru

ABDUL Azeez Abdul Rahim menunjukkan antara barang bantuan kemanusiaan Rohingya di pejabat Kelab Putra 1Malaysia, Jalan Kampung Attap Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama, Rashed Osman (dua kiri). - UTUSAN/SAIFUL BAHARI ASHARI

KUALA LUMPUR 27 Ogos - Seramai 45 sukarelawan yang mengikut Misi Bantuan Kemanusiaan Tabung Rohingya Kelab Putera 1Malaysia bakal dibekalkan baju kalis peluru bagi tujuan keselamatan.

Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, baju kalis peluru itu akan disediakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), polis dan tentera serta dibawa bersama dalam misi tersebut.

Menurutnya, selain baju kalis peluru, pihaknya turut menyediakan perlindungan insurans ke atas semua sukarelawan termasuk wakil media.

"Kita mengambil berat mengenai keselamatan sukarelawan yang terlibat dalam misi ini dan menyediakan baju kalis peluru kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam proses penyaluran bantuan.

"Kita juga akan mendapatkan bantuan pihak polis dan tentera Bangladesh untuk tujuan mengiringi kenderaan rombongan," katanya kepada pemberita di Pusat Pengumpulan Bantuan Rohingya di Kampung Attap di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Pertubuhan Kesatuan Rohingya Dunia, Dr. Rashed Osman.

Sebelum itu, kira-kira 2,000 etnik Rohingya yang berada di negara ini berhimpun di hadapan pejabat Kelab Putera 1Malaysia di sini sebagai tanda sokongan dan terima kasih atas usaha membantu rakyat tersebut.

Tambah Abdul Azeez, pihaknya sedang berbincang dengan kerajaan Bangladesh dan Myanmar melalui pejabat-pejabat kedutaan kedua- dua negara di Malaysia.

Tegasnya, misi kemanusiaan itu bukan mahu campur tangan dengan konflik politik yang berlaku di sana sebaliknya memberi bantuan makanan, minuman, pakaian dan perubatan kepada mangsa yang terdiri daripada kanak-kanak, wanita serta warga emas.

"Pasukan peninjau akan berlepas hari ini bagi mendapatkan maklumat situasi kem-kem pelarian. Kumpulan kedua berlepas Jumaat ini menggunakan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bersama bantuan logistik sebanyak 450 tan," ujarnya.

Ditanya sama ada pihaknya telah mendapat permit untuk memasuki sempadan tersebut, Abdul Azeez menjelaskan, pihaknya yakin kerajaan Bangladesh mahupun Myanmar akan membenarkan pihaknya berbuat demikian.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.