saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 31/08/2012

Suhakam terkejut perogol gadis bawah umur dihukum ringan

KUALA LUMPUR 30 Ogos - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyuarakan kebimbangan terhadap bentuk hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah ke atas dua lelaki yang didapati bersalah merogol gadis bawah umur baru-baru ini.

Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam berkata, Suhakam terkejut apabila kerelaan mangsa yang masih kanak-kanak, dijadikan satu daripada faktor untuk meringankan hukuman dalam kedua-dua kes berkenaan.

Jelas beliau, undang- undang keseksaan mengiktiraf kanak-kanak perempuan di bawah umur 16 tahun mungkin kurang tahap kematangan yang diperlukan untuk memberi keizinan bagi hubungan seksual.

''Kelemahan kanak-kanak juga diiktiraf oleh Konvensyen Hak Kanak-Kanak yang menyatakan kanak-kanak atas sebab ketidakmatangan fizikal dan mental memerlukan perlindungan dan penjagaan khas termasuk perlindungan undang-undang yang sesuai.

"Berdasarkan hukuman berkenaan, adalah diragui sama ada hak, perlindungan dan kepentingan yang terbaik apatah lagi masa depan kanak-kanak bawah umur telah dan akan terus dipertahankan dan dilindungi dalam kes yang melibatkan rogol bawah umur," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mahkamah Rayuan pada 27 Ogos lalu mendapati Mahkamah Sesyen Melaka tidak terkhilaf membebaskan bekas pemain boling tenpin remaja kebangsaan, Nor Afizal Azizan, 22, dengan perintah berkelakuan baik selama lima tahun beserta ikat jamin RM25,000 atas kesalahan merogol seorang gadis berumur 13 tahun pada 5 Jun 2009.

Selain itu, Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada 28 Ogos lalu membebaskan seorang juruelektrik, Chuah Guan Jiu, 22, dengan perintah berkelakuan baik selama tiga tahun serta ikat jamin RM25,000 setelah didapati bersalah merogol seorang gadis berumur 12 tahun pada tahun lalu.

Tambah Hasmy, hukuman ringan yang dijatuhkan itu dikhuatiri memberi mesej yang tidak betul kepada bakal pesalah, seterusnya tidak akan menjadi satu langkah pencegahan yang berkesan untuk kes rogol bawah umur.

Menurut beliau, Suhakam juga memandang serius terhadap pendedahan nama pesalah kerana ia akan membawa kepada pendedahan identiti kanak-kanak yang menjadi mangsa.

"Perlindungan identiti, keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak yang menjadi mangsa dalam kes sebegini sepatutnya diberi keutamaan seperti yang termaktub di bawah Perkara 19 dan 34 Konvensyen Hak Kanak-Kanak," ujarnya.

Hasmy memberitahu, kerajaan hendaklah melindungi kanak-kanak daripada semua bentuk eksploitasi dan penderaan seksual seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 39 Konvensyen Hak Kanak-Kanak.

Katanya, langkah yang sesuai perlu diambil bagi memastikan pemulihan dan integrasi kanak-kanak yang menjadi mangsa rogol ke dalam masyarakat seterusnya memperkukuh kesihatan, kehormatan diri dan maruah mereka.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.