saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 03/09/2012

Dua pelajar Malaysia maut, lima cedera dalam nahas di Rusia

VLADIVOSTOK , Rusia 3 Sept. - Dua pelajar Malaysia di Rusia terbunuh, manakala lima yang lain cedera dalam kemalangan jalan raya di wilayah Vladimirskaya dekat Moscow malam tadi (awal pagi ini waktu Malaysia).

Duta Malaysia di Rusia, Datuk Zainol Abidin Omar memberitahu, kesemua pelajar yang terbabit adalah pelajar wanita dan pelajar tajaan yang menuntut di Tahun 5 di Akademi Perubatan Negeri Nizhny Novgorod.

"Pelajar yang terbunuh ialah Hanisah Muhd. Shah, pelajar tajaan Mara dari Dungun, yang meninggal dunia di tempat nahas, manakala Adzreen Dimyati, pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dari Putrajaya pula meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

"Lima pelajar yang cedera ialah Siti Nadiah Abdullah Sani, Nurul Amirah Mohd. Nor, Nor Hidayah Jailuddin, Nur Liyana Kamarul Bahrin dan Siti Romeza Abdul Raza.

"Mereka semua dalam keadaan tidak kritikal serta sedar, dan sedang menerima rawatan di Hospital Viyazniky di wilayah Vladimirskaya," jelasnya pada sidang akhbar di sini malam ini.

Beliau berkata, kemalangan yang membabit dua bas berlaku di Vladimirskaya, kira-kira 120 kilometer dari wilayah Nizhny pada pukul 11 malam 2 September.

Katanya, pelajar tersebut, yang baru pulang dari cuti semester di Malaysia, dalam perjalanan dari Moscow ke Nizhny. - UTUSAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.