saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 05/09/2012

MKKM bimbang hukuman ringan perogol gadis bawah umur

KUALA LUMPUR 4 Sept. - Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (MKKM) melahirkan kebimbangan terhadap pelaksanaan hukuman ringan oleh mahkamah dalam dua kes rogol melibatkan gadis bawah umur, baru-baru ini.

Kebimbangan tersebut disuarakan oleh Pengerusinya, Tan Sri Zaleha Ismail yang berpendapat hukuman ringan tersebut seolah-olah mengabaikan mangsa dan memberikan keutamaan terhadap pesalah.

Jelas beliau, badan perundangan langsung tidak mengambil perhatian terhadap kesengsaraan yang bakal dilalui oleh kanak-kanak yang teraniaya.

"Bukankah kanak-kanak itu juga harus diberikan pertimbangan sewajarnya?

"Adalah diragui sama ada hak, perlindungan dan kepentingan yang terbaik apatah lagi masa depan kanak-kanak bawah umur telah dan akan terus dipertahankan dan dilindungi dalam kes yang melibatkan rogol bawah umur," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan Mahkamah Rayuan pada 27 Ogos lalu yang mendapati Mahkamah Sesyen Melaka tidak terkhilaf membebaskan bekas pemain boling tenpin remaja kebangsaan, Nor Afizal Azizan, 22, dengan perintah berkelakuan baik selama lima tahun berserta ikat jamin RM25,000 atas kesalahan merogol seorang gadis berumur 13 tahun pada 5 Jun 2009.

Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada 28 Ogos lalu pula membebaskan juruelektrik, Chuah Guan Jiu, 22, dengan perintah berkelakuan baik selama tiga tahun serta ikat jamin RM25,000 setelah didapati bersalah merogol seorang gadis berumur 12 tahun pada tahun lalu.

Jelas Zaleha, hukuman yang dijatuhkan harus dikaji semula bagi memastikan keadilan juga berpihak kepada kanak-kanak yang menjadi mangsa rakus pesalah yang tidak berperikemanusian.

"Mereka itu masih kanak-kanak, masih muda, lelaki-lelaki ini pandai bermulut manis untuk mempengaruhi fikiran mereka. Saya pasti pada usia begitu, kanak-kanak ini sudah tentu tidak tahu menilai sesuatu dengan bijak," katanya.

Menurut beliau, hukuman ringan yang dijatuhkan itu dikhuatiri memberi mesej tidak betul kepada bakal pesalah, seterusnya tidak akan menjadi satu langkah pencegahan yang berkesan untuk kes rogol bawah umur.

"Sekiranya kita tidak bertindak sekarang, mungkin kita akan memberi isyarat yang salah kepada generasi muda bagaimana masyarakat menilai akhlak dan moral di kalangan mereka," tegasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.