saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 07/09/2012

Nurul Syuhada letak jawatan

Nurul Syuhada

KUALA LUMPUR 6 Sept. - Pengacara dan wartawan TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd. Zain, 28, meletakkan jawatan sebagai kakitangan sepenuh masa stesen televisyen tersebut.

Menurut Nurul Syuhada, tindakan itu tidak ada kena mengena dengan isu Bintulu yang pernah timbul sebelum ini.

"Walaupun saya telah meletakkan jawatan sepenuh masa tetapi saya masih terlibat dengan TV3 sebagai kakitangan separuh masa.

"Mungkin ramai yang akan memberi persepsi yang berbeza mengenai perkara ini, apa pun, saya telah menghantar surat meletakkan jawatan sebulan lalu.

"Buat masa ini, saya hanya akan terlibat sebagai pengacara kepada rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) sahaja," katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Media Prima Berhad yang diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby, Petaling Jaya, di sini hari ini.

Nurul Syuhada juga memberitahu, langkah meletakkan jawatan itu juga kerana ingin menyambung pelajaran peringkat Sarjana dalam jurusan Psikologi atau Tamadun Islam.

"Di samping itu, saya juga ingin membina ruang peribadi bersama keluarga dan menimang cahaya mata," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.