saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 10/09/2012

Fasa kedua NKRA tangani jenayah, jaga kebajikan agensi keselamatan

KLUANG 9 Sept. - Kementerian Dalam Negeri berharap Bajet 2013 yang akan dibentangkan hujung bulan ini dapat meneruskan fasa kedua Bidang Keberhasilan Utama Negeri (NKRA) dalam menangani jenayah dan menjaga kebajikan pasukan keselamatan.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihak kementerian seperti biasa akan berbincang dengan Kementerian Kewangan bagi merangka bajet terbaik bagi kelangsungan rakyat dan negara.

Beliau berkata, fasa kedua NKRA akan menumpukan kepada pendekatan baharu pencegahan jenayah, sekali gus mengurangkan rasa takut orang awam terhadap kejadian jenayah.

"Fasa pertama dalam NKRA sebelum ini menumpukan kepada jenayah jalanan. Fasa kali ini akan memberi fokus kepada pencegahan jenayah di pusat beli-belah, tempat letak kereta dan Kepolisan Komuniti.

"Kesinambungan ini menunjukkan fasa pertama NKRA berhasil, malah indeks kadar jenayah juga menunjukkan penurunan. Jadi amat wajar ia diteruskan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri anjuran Astro di Padang Awam Felda Kahang Timur di sini hari ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kahang, R.Vidyanathan; ADUN Paloh, Datuk Hoo Seong Chang; Ketua Setiausaha KDN, Datuk Abd. Rahim Mohd. Radzi serta Pengerusi Astro Holdings, Datuk Badri Masri.

Pada majlis yang dihadiri kira-kira 15,000 pengunjung itu, Hishammuddin turut menerima sumbangan amal daripada Astro Kasih sebanyak RM50,000 yang akan disalurkan kepada Tabung Kebajikan Parlimen Sembrong.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sembrong berkata, kementerian juga peka pada soal kebajikan kakitangan terutama agensi keselamatan seperti Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia.

"Mereka selama ini bertugas dalam serba kekurangan, dikritik dan dicemuh, biarpun begitu semangat tidak pernah luntur. Jadi kita akan lihat keperluan golongan ini," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.