saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 22/09/2012

Malaysiakini enggan akui terima dana Soros

PETALING JAYA 21 Sept. - Wartawan veteran YL Chong (gambar) meletak jawatan sebagai Pengarang Berita Malaysiakini lebih sedekad yang lalu kerana pengurusan portal berita itu enggan mengakui menerima dana daripada penyangak mata wang, George Soros.

"Saya minta Malaysiakini 11 tahun lalu supaya berterus-terang dan tidak menyembunyikan maklumat seumpamanya daripada pelanggan dan pembaca kami.

"Saya memutuskan untuk meletak jawatan kerana saya sudah tidak sealiran dan tidak boleh menyembunyikan kaitan (Malaysiakini) dengan Soros," katanya kepada The Star di sini hari ini.

Chong menegaskan, beliau tidak menentang penerimaan dana asing tetapi hendaklah berterus-terang selepas menerima wang tersebut.

"Namun saya percaya pada etika kewartawanan, terutama tatkala Malaysiakini mengisytiharkan dirinya sebagai mempromosikan ketelusan dan keterbukaan," kata beliau.

Chong, yang kini aktif menulis dalam blognya www.desiderata2000.blogspot.com, mengulas laporan mendakwa Malaysiakini dan Suaram adalah antara pertubuhan antikerajaan yang dikatakan menerima pembiayaan dana asing.

Dua penyumbang utama adalah National Endowment for Democracy (NED) yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan pertubuhan milik George Soros, Open Society Institute (OSI), yang telah membiayai kumpulan-kumpulan yang menyokong kepentingan dan objektifnya di seluruh dunia.

"Saya dulunya adalah Pengarang Berita, dan maka itu mempunyai akses maklumat yang dibangkitkan dalam mesyuarat Malaysiakini, dan saya mendapat tahu bahawa sememangnya Malaysiakini telah menerima pembayaran pendahuluan 10 peratus bernilai RM188,000 untuk 10 peratus kepentingan dalam Malaysiakini," tambah beliau.

Chong berkata, beliau meletak jawatan setelah bersemuka dengan dua teraju utama Malaysiakini iaitu Steven Gan dan Premesh Chandran dan kedua-duanya enggan mengakui secara terbuka menerima dana menerusi Dana Pinjaman Pembangunan Media (MDLF) kelolaan Open Society Institute (OSI), sebuah pertubuhan antarabangsa yang dikaitkan dengan Soros yang terkenal.

"Malah, Gan berkata Malaysiakini akan mati jika mereka mengaku menerima pembiayaan dari Soros," ujar beliau.

Chong juga melahirkan kekesalan terhadap pengurusan portal berita itu yang mendakwa beliau meletak jawatan ekoran pertikaian gaji.

"Mereka (Malaysiakini) memutar-belitkan fakta untuk menyembunyikan faktor sebenar mengapa saya meletak jawatan," kata beliau.

Blog Rocky's Bru melaporkan bahawa Chong, seorang wartawan veteran dan pencari kebenaran yang gigih, mendedahkan rahsia Malaysiakini dan kaitannya dengan Soros 'lama dahulu' dan tahun lalu, sekali lagi mengingatkan orang ramai mengenai perkara itu.

Chong berkata, beliau telah mengemukakan perkara itu lebih sedekad yang lalu ekoran fakta-fakta salah dalam laporan majalah Far Eastern Economic Review berkaitan pembiayaan asing oleh Soros.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.