saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 25/09/2012

Proaspirasi kuasai pilihan raya kampus UPM

KUALA LUMPUR 25 Sept. - Keputusan tidak rasmi pilihan raya kampus Universiti Putera Malaysia (UPM) menyaksikan proaspirasi memenangi majoriti kerusi yang dipertandingkan.

Maklumat dalaman memberitahu bahawa Pro-A memenangi enam kerusi umum manakala promahasiswa hanya memenangi lima kerusi.

Bagi kerusi fakulti pula, proaspirasi memenangi 34 kerusi berbanding promahasiswa hanya memenangi dua kerusi.

Sementara itu, wakil proaspirasi, Khairul Hadzreen Khairruddin ketika dihubungi berkata, beliau belum dapat memberi jumlah kerusi yang dimenangi setakat ini kerana analisis hanya akan dibuat esok.

Manakala Ketua Promahasiswa, Tarmizi Anuwar mendakwa pihaknya hanya bertanding kerusi Umum dan telah memenangi tujuh daripada 11 kerusi diperuntukkan dengan calon mereka Ummu Habibah Ramli mendapat undi tertinggi iaitu 9,782.

Keputusan yang dikeluarkan malam ini adalah tidak rasmi dan esok bantahan dibuka dan pada 27 September, keputusan bantahan dibuat sebelum keputusan rasmi diumumkan pada 1 Oktober. - UTUSAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.