saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 02/10/2012

Sekat sebarang anasir negatif

KUALA LUMPUR 1 Okt. - Akta Patriotik dan Kesejahteraan Kaum wajar digubal segera bagi menyekat sebarang anasir negatif menyusup masuk ke negara ini dan meracuni pemikiran rakyat.

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, akta itu perlu bagi menyekat campur tangan asing yang menggunakan medium media massa termasuk portal berita bagi merealisasikan tujuan tersebut.

Menurut beliau, akta itu mampu menjadi benteng mempertahankan kestabilan negara daripada ancaman yang dibawa tali barut asing yang bercita-cita melihat kemusnahan negara.

"Pihak luar tidak mahu melihat negara ini memiliki keharmonian antara kaum dan pembangunan ekonomi yang kukuh dan usaha meracuni pemikiran rakyat akan terus dilakukan agar kita terperangkap dalam kemelut politik sepanjang masa," katanya ketika dihubungi di hari ini.

Beliau mengulas cadangan pembentukan Akta Patriotik dan Kesejahteraan Kaum yang disuarakan beberapa pihak bagi menghalang cubaan anasir luar menghuru-harakan negara.

Menurut Azwanddin, perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan yang kerap dianjurkan kebelakangan ini antara senjata pihak luar untuk campur tangan di negara ini menerusi dana dan tajaan kepada pihak penganjur.

Katanya, ia sekali gus merosakkan pemikiran rakyat khususnya generasi muda sehingga ada yang berani bertindak di luar batasan seperti memijak gambar pemimpin negara dan mengibarkan bendera lain bagi menggantikan bendera negara.

"Anasir-anasir buruk itu mencemarkan negara dengan kelakuan di luar batas norma-norma rakyat yang dijunjung tinggi sejak kita mencapai kemerdekaan.

"Di sinilah pentingnya peranan akta itu bagi mengelak kejadian tersebut berulang," katanya.

Pada masa sama, beliau turut menggesa kerajaan menarik balik lesen operasi media cetak dan elektronik yang didapati menerima dana asing.

Malah, katanya, pihak yang bertanggungjawab di sebalik media massa itu juga perlu dikenakan tindakan tegas kerana perbuatan mereka mengancam keselamatan negara selain tidak menggambarkan perasaan cintakan negara.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.