saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 06/10/2012

Bantah kehadiran peguam asing

Dzulkarnain Taib (tengah) mewakili lima NGO menunjukkan laporan polis bagi menghalang tindakan Anwar Ibrahim membawa tiga peguam Perancis ke Malaysia di Balai Polis Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur, semalam. - Utusan/ Mohd. Noor Mat Amin

KUALA LUMPUR 5 Okt. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta menyiasat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga Ahli Parlimen pembangkang berhubung hasrat mereka mahu menjemput dua peguam Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan peguam mewakili DCNS, syarikat milik kerajaan Perancis untuk memberi taklimat mengenai isu kapal selam, Scorpene.

Hasrat mahu menjemput tiga peguam asing terbabit dimaklumkan oleh tiga Ahli Parlimen pembangkang iaitu R. Sivarasa, Tian Chua dan Datuk Mahfuz Omar dalam sidang akhbar di lobi Parlimen di sini kelmarin.

Dalam sidang akhbar itu, Anwar dimaklumkan telah menghantar surat kepada dua peguam Suaram dan peguam yang mewakili DCNC untuk menjemput mereka memberi taklimat mengenai isu rasuah dalam pembelian kapal selam tersebut.

Tindakan Ketua Pembangkang itu bagaimanapun ditentang keras boleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana ia membabitkan pihak asing untuk campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran dan keselamatan negara.

Kebimbangan itu mendorong enam NGO iaitu Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM), Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Lembaga Kesedaran Pencegah Jenayah (LKPJ), Lembaga Pelindung Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi di sini hari ini.

Presiden KWMM, Dzulkarnain Mohd. Taib berkata, beliau mewakili enam NGO tersebut, membuat laporan polis kerana mahu siasatan dilakukan terhadap Anwar dan tiga Ahli Parlimen pembangkang berkenaan.

"Kami menentang sekeras-kerasnya tindakan pembangkang membabitkan pihak asing untuk campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran dan keselamatan negara.

''Apakah hak pembangkang terutama Anwar untuk melibatkan individu asing dalam soal dalaman Malaysia? Apakah locus standi atau hak Suaram untuk turut terbabit bersama pihak pembangkang menjemput tiga peguam asing itu?," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas membuat laporan.

Dzulkarnain yang juga bekas Ketua Pengarang Suara Keadilan memberitahu, seorang peguam Suaram yang dijemput iaitu William Boudon pernah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) oleh Jabatan Imigresen dan dihantar pulang ke negaranya kerana melanggar undang-undang imigresen.

Beliau berkata, tindakan pembangkang meminta pihak asing campur tangan dalam pentadbiran dan keselamatan negara juga merupakan satu usaha terang-terangan mempersenda dan memperlekeh Perlembagaan Negara dan Yang di-Pertuan Agong selaku ketua negara.

Dzulkarnain berkata, pihaknya turut meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) agar mengambil tindakan tegas menghalang kemasukan tiga peguam tersebut ke negara ini bagi mengelak mereka menghasut dan memecahkan perpaduan rakyat.

"Kami turut menuntut agar Ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat membuat usul tergempar kepada Yang di-Pertuan Agong meminta supaya ketiga-tiga Ahli Parlimen pembangkang itu dan Ketua Pembangkang dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib Parlimen untuk disoal siasat," ujarnya.

Dalam pada itu, Dzulkarnain menegaskan tindakan KWMM membuat laporan polis berhubung isu tersebut tidak mengganggu soal kebebasan akhbar di negara ini kerana kelab tersebut adalah sebuah NGO yang menyokong kerajaan.

Ujarnya, sokongan terhadap kerajaan pula tidak membuta tuli kerana sokongan mereka adalah terhadap dasar pembangunan untuk menjaga hak rakyat Malaysia supaya tidak digugat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.