saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 07/10/2012

Pelabur jongkong emas buntu

PULAU PINANG 6 Okt. - Kira-kira 10,000 pelabur syarikat pelaburan jongkong emas, Genneva Malaysia Sdn. Bhd. di negeri ini mengakui amat tertekan dengan situasi yang melanda agensi berkenaan apabila mendakwa mereka kini hilang sumber pendapatan tetap.

Rata-rata mereka buntu memikirkan masa depan keluarga dan anak-anak yang kebanyakannya sedang melanjutkan pelajaran di luar negara berikutan wang yang dilaburkan ke dalam syarikat berkenaan merupakan sumber utama bagi menanggung masa depan mereka selama ini.

Mereka yang rata-rata warga emas, pesara kerajaan dan swasta dikatakan telah membuat pelaburan sehingga mencecah ratusan ribu ringgit sejak penubuhannya pada 2009.

Seorang pelabur, D. Venkatason, 64, berkata, dia bergantung sepenuhnya kepada pendapatan pelaburan emas berkenaan untuk menanggung perbelanjaan keluarga serta anaknya yang masih belajar.

Jelasnya, sejak melabur dua tahun lalu, dia tidak pernah menjadi mangsa tipu daya atau penyelewengan syarikat berkenaan.

"Saya yakin syarikat ini menjalankan operasi berlandaskan undang-undang dan membawa keuntungan berpatutan kepada pelabur tempatan.

"Kami mahu Bank Negara Malaysia (BNM) segera menyiapkan siasatan kerana akaun yang dibekukan membuatkan syarikat ini tidak boleh membayar wang pelaburan, sekali gus menyebabkan segala urusannya tergendala," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Isnin lalu, Genneva Malaysia Sdn. Bhd. yang dipercayai menjalankan urus niaga bernilai kira-kira RM4 bilion termasuk melibatkan pelaburan kerajaan negeri dan orang kenamaan (VIP) diserbu pihak berkuasa.

Serbuan dilakukan oleh BNM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Difahamkan, siasatan dan serbuan terhadap syarikat itu yang terletak di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur dilakukan setelah beberapa pelabur yang menjadi mangsa tampil membuat laporan polis baru-baru ini.

Sementara itu, jururunding syarikat berkenaan, Nor Diana Nasaruddin berkata, segala transaksi syarikat diterima melalui cek serta pemindaan akaun bagi membuktikan pelaburan bukannya haram.

Menurutnya, sebanyak 30 peratus daripada pelabur di negeri ini merupakan orang Islam memandangkan ia dilakukan mengikut syariah ditetapkan.

"Berdasarkan syariah supaya orang Islam boleh melabur emas dalam bentuk jongkong dan tablet, syarikat akan memberikan emas kepada pelaburnya sebaik sahaja mereka melabur," jelasnya.

Nor Diana berharap masalah yang berlaku dapat diselesaikan segera bagi menangkis tanggapan orang ramai terhadap operasi syarikat berkenaan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.