saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 12/10/2012

DJ Dave, Malik Ridzuan gembira sertai Misi Bantuan Keamanan Myanmar

DJ Dave memberikan kata-kata semangat kepada etnik Rohingya ketika bantuan kemanusiaan ke Myanmar selamat tiba di Kem Thet Kay Pyin yang menempatkan 14,564 pelarian di Sittwe, kelmarin.

SITTWE 11 Okt. - "Pertama kali melihat kaum Rohingya terutamanya kanak-kanak mengalir air mata, hati saya turut sebak dan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata".

Itu perasaan yang dialami penyanyi era 70-an, Datuk DJ Dave ketika melawat kem pelarian Rohingya yang terletak di daerah ini ketika menyertai Misi Bantuan Kemanusiaan Myanmar anjuran Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) di Rakhine sejak Ahad lalu.

Beliau yang kali pertama menyertai misi kemanusiaan di luar negara memberitahu, hatinya sebak apabila tiba di kem-kem penempatan sementara yang menempatkan etnik Rohingya apabila mereka menyambut kedatangan peserta misi dengan sapaan 'Assalamualaikum'.

Dave yang berusia 64 tahun dan kini menggunakan nama Irwan Shah berkata, ini kali pertama beliau menyertai misi bantuan di luar negara meskipun sebelum ini kerap mengadakan lawatan kemasyarakatan yang dianjurkan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan di dalam Malaysia.

"Kali pertama saya mengikuti misi ini di luar negara dan saya terharu mendapat peluang untuk melihat sendiri kepayahan yang ditempuhi masyarakat Rohingya dan Buddha Rakhine akibat pertelingkahan etnik yang melanda kawasan mereka.

"Bagi saya, misi seperti ini harus diteruskan dan saya sememangnya akan menyertai mana-mana lagi misi seperti ini sekiranya berkesempatan," kata penyanyi yang terkenal dengan lagu Ingin Bersua.

DJ Dave merupakan antara 51 peserta selain sukarelawan, pakar perubatan dan petugas media yang mengikuti misi ini selaku Presiden Yayasan Artis 1Malaysia, satu pertubuhan yang ditubuhkan pada Jun lalu.

Selain beliau, seorang lagi artis 80-an, Datuk Malik Ridzuan turut menyertai misi ini selaku penasihat misi. Malah beliau tidak dapat melupakan program yang disertainya kali ini kerana menyambut ulang tahun kelahiran ke-54 semalam.

Menurut Malik, beliau bertuah kerana menyambut ulang tahun kelahirannya di sebuah negara asing dan sambutan serta ucapan yang diterima daripada rakan-rakan peserta misi kali ini membuatkan beliau gembira. - UTUSAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.