saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 19/10/2012

4,600 manuskrip tulisan Jawi termasuk berusia 400 tahun belum diteroka

Raslin Abu Bakar (dua dari kanan) melawat gerai pameran selepas merasmikan Karnival Semarak Jawi Kebangsaan 2012 di Kuala Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU 18 Okt. - Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menyimpan kira-kira 4,600 manuskrip tulisan Jawi dalam pelbagai bidang termasuk yang berusia 400 tahun yang masih belum dikaji dan diterjemahkan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Raslin Abu Bakar berkata, manuskrip itu jika dapat direkodkan semula dalam tulisan rumi membolehkan lebih banyak ilmu dalam beberapa bidang seperti perubatan dan perniagaan yang diamalkan masyarakat Melayu silam dapat dibongkar.

"Kebanyakan maklumat dalam manuskrip berkenaan ditulis dalam tulisan Jawi lama dan sukar diterjemah kerana menggunakan ejaan lama serta memerlukan mereka yang benar-benar mahir untuk memahaminya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Karnival Semarak Jawi Kebangsaan 2012 di Pusat Dagangan Terengganu, di sini hari ini.

Dalam majlis itu, empat penggiat Jawi dan khat di negara ini dianugerahkan penghargaan berupa trofi dan sijil sebagai menghargai sumbangan besar mereka dalam usaha mengembangkan tulisan Jawi dan khat.

Mereka terdiri daripada pakar tulisan Jawi, Hamdan A. Rahman, pembangun sistem web aplikasi penggunaan tulisan Jawi secara pantas, Nik Muhammmad Nik Abdul Kadir, penggiat tulisan jawi kaum Cina, Gan Awang @ Abdullah Baliseh dan Yang Dipertua Persatuan Seni Khat Kebangsaan, Mohammed Yusof Abu Bakar.

Menurut Raslin, pakar tulisan Jawi sedia ada termasuk Unit Jawi di PNM kini sedang giat membuat kajian terhadap manuskrip lama dalam tulisan Jawi itu untuk direkodkan semula dalam tulisan rumi.

Katanya, kaedah itu membolehkan masyarakat hari ini membaca dan menimba pemikiran serta ilmu masyarakat silam melalui manuskrip lama tersebut.

Selain itu, katanya, PNM turut bekerjasama dengan beberapa institut pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini dalam usaha melestarikan tulisan Jawi yang kini dilihat terpinggir terutama dalam kalangan generasi muda.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.