saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 23/10/2012

Penyelam mati lemas, tangki kehabisan oksigen

ALOR SETAR 23 Okt. - Seorang juruteknik Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) mati lemas manakala rakannya dalam keadaan kritikal ketika mereka menyelam di perairan Pulau Perak, berhampiran Pulau Langkawi hari ini.

Rosli Mohammad Isa, 32, dikatakan bersama rakannya Haris Abdullah, 44, menyelam kira-kira pukul 10 pagi sebelum tangki oksigen Rosli kehabisan gas.

Difahamkan Haris yang naik semula ke bot dan menyedari Rosli tidak naik ke permukaan dalam tempoh agak lama bertindak terjun semula ke dasar laut bagi mencari mangsa.

Haris berjaya membawa Rosli ke permukaan namun ketika itu mangsa sudah tidak bernafas manakala Haris pula dalam keadaan kritikal kerana timbul secara mengejut ke permukaan air. Rakan-rakan mangsa yang ketika itu memancing di atas bot terus memaklumkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.

Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim 1 Langkawi, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kapten Maritim Abdul Rahim Abdullah berkata pihaknya menerima panggilan dari orang awam mengenai kejadian itu kira-kira pukul 12.15 tengah hari.

Katanya, bot dinaiki mangsa didaftarkan di Kuala Kedah dan membawa 10 orang penyelam dan pemancing keluar memancing di perairan Pulau Perak sejak Sabtu lepas.

Mayat Rosli yang berasal dari Gurun dibawa ke Jeti Kuala Kedah dekat sini oleh sebuah bot Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) manakala Haris dibawa ke Hospital Langkawi untuk mendapatkan rawatan lanjut. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zuhur 1:11
Asar 4:33
Maghrib 7:07
Isyak 8:22



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.