saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 25/10/2012

Apek, Leuniey akhiri zaman bujang Disember ini

Khairul Fahmi Che Mat, Nur Eluni Natasha Nazri

KOTA BHARU 24 Okt. - Selepas dirundung dengan pelbagai kontroversi, penjaga gol pasukan bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apek akan menamatkan zaman bujang bersama gadis pilihannya yang juga seorang model, Nur Eilunie Natasha Nazri atau lebih dikenali dengan Leuniey pada Disember ini.

Perkara tersebut disahkan oleh bapanya, Che Mat Hussain yang pada masa kini sedang sibuk membuat persediaan perkahwinan tersebut termasuk urusan di antara keluarga kedua-dua belah pihak.

Che Mat yang dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini berkata, pihaknya merancang untuk mengadakan majlis tersebut sama ada 28 Disember atau Januari ini.

“Saya dan keluarga berharap dengan perkahwinan itu akan menutup semua kontroversi yang melibatkan anak keempat ini.

“Perkara ini telah ditentukan oleh mereka berdua (Khairul Fahmi dan Leuniey), saya kini sedang berbincang dengan keluarga dan sebelah perempuan untuk memastikan majlis ini berjalan lancar," katanya.

Awal bulan ini, Apek mengesahkan dia sedang menjalin hubungan cinta dengan model jelita itu selepas sama-sama terlibat dalam iklan Simply Sity baru-baru ini.

Leuniey bagaimanapun menjelaskan bahawa apa-apa hubungan yang wujud antara dia dengan Khairul Fahmi sepatutnya menjadi perkara peribadi dan tidak disiarkan media.

Pada 6 Februari lalu, Leuniey dalam satu sidang akhbar menafikan mempunyai hubungan dengan penjaga gol nombor satu negara itu.

Khairul Fahmi kini sedang mengikuti latihan bersama skuad kebangsaan untuk menghadapi pusingan Piala Suzuki AFF bermula 24 November ini.

Che Mat berkata, tarikh perkahwinan tersebut akan ditetapkan selepas Khairul Fahmi pulang daripada latihan skuad kebangsaan.

“Majlis perkahwinan akan diadakan hari yang sama iaitu beberapa jam selepas bertunang dan dibuat secara ringkas.

“Buat masa ini Apek sedang sibuk dengan latihan skuad kebangsaan, jadi biar dia beri tumpuan sepenuhnya," katanya.

Tambahnya, jumlah hantaran dan lokasi majlis perkahwinan tersebut masih belum ditetapkan lagi.

Dalam pada itu, usaha Utusan Malaysia untuk mendapatkan reaksi daripada Khairul Fahmi gagal.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.