saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 28/10/2012

Berkorban, pertahan tapak Masjid Bayan Mutiara

PULAU PINANG 27 Okt. - Pergerakan Pemuda UMNO negeri dan anak-anak kariah Bayan Baru hari ini mengadakan ibadah korban di tapak Masjid Bayan Mutiara yang telah dijual bagi menggesa Ketua Menteri, Lim Guan Eng mempertimbangkan semula pembinaannya di tanah berkenaan.

Naib Ketua Pemuda UMNO negeri, Norman Zahalan berkata, kerajaan negeri telah mengorbankan tapak masjid berkenaan dengan menjualnya kepada pihak swasta.

Oleh itu, tegasnya, sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, pihak Pemuda UMNO negeri dan anak-anak kariah Bayan Baru berganding bahu bersama 'berkorban' demi memastikan sebuah masjid dibangunkan di tanah berkenaan.

"Kerajaan negeri jangan terlalu rakus menjual semua tanah di negeri ini sehingga tapak masjid juga turut dijual. Setelah lebih empat tahun mentadbir negeri ini, tiada satu pun masjid baharu dibangunkan.

"Kita mahu bukti daripada Guan Eng yang kerajaan di bawah pimpinannya akan membina masjid di negeri ini. Oleh itu, buktikan kepada rakyat dengan membina sebuah masjid di tapak ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis ibadah korban di tapak masjid berkenaan di sini.

Awal tahun ini, isu tanah Bayan Mutiara mula timbul apabila tanah tebus guna seluas 41.6 hektar itu telah dijual kerajaan negeri kepada sebuah syarikat swasta dengan harga RM1.1 bilion.

Penjualan itu termasuklah dua lot tanah yang digazetkan untuk membina sebuah masjid dan sekolah.

Selain itu, mengulas tentang ibadah korban yang dilakukan, Norman berkata, dua ekor lembu dikorbankan dan disembelih di tapak masjid berkenaan sebelum dibawa ke Masjid Batu Uban dan Surau Sungai Nibong untuk dilapah serta diagihkan.

"Tujuan kita adakan korban di tapak masjid ini adalah untuk mendesak kerajaan negeri supaya mempertimbangkan pembinaan rumah Allah itu di tapak ini.

"Kita juga berharap syarikat yang membeli tanah tersebut akan membantu anak-anak kariah Bayan Baru yang mahukan sebuah masjid di kawasan Bayan Mutiara ini," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.