saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 29/10/2012

Ameng cipta lagu kisah di penjara

Ameng (tiga dari kanan) ketika menerima lawatan Freddie Fernandez dan rakan artis pada Program Jalinan Kasih Hari Raya Aidiladha, di Penjara Kluang, Johor, semalam.

KLUANG 28 Okt. - Vokalis kumpulan Spring, Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 44, tetap meneruskan aktiviti seninya dengan mencipta 10 buah lagu walaupun beliau sedang menjalani hukuman penjara di Kompleks Penjara Kluang, di sini sejak April 2011.

Ameng yang dihukum penjara lapan tahun serta dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Melaka akibat kesalahan dadah, memberitahu 10 karya berkenaan adalah berkisar pengalamannya di sebalik tirai besi.

"Pengalaman menjalani hukuman sebatan sebanyak sepuluh kali amat memberi kesan ke atas diri saya dan tekad untuk tidak lagi mengulangi kesalahan ini.

"Justeru, dengan pengalaman yang diperoleh, saya bahagikan kepada 10 kisah yang kemudiannya menjadi bait-bait lirik untuk lagu yang akan dinyanyikan sejurus selepas tamat hukuman penjara kelak," katanya kepada pemberita ketika ditemui sempena program Jalinan Kasih Hari Raya Aidiladha di Dataran Insaf, Kompleks Penjara Kluang, di sini hari ini.

Yang turut hadir melawat Ameng ialah isterinya, Sabariah Zakaria, 42; anak lelaki mereka, Wan Ammar Haikal, 5; Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez serta beberapa rakan artis seperti Zamani Slam, Ibnor Riza dan pemain gitar Iklim, Umarul.

Katanya, salah satu lagu bertajuk Tangisan Generasi yang menceritakan penyesalan beliau atas segala kesilapan yang telah dilakukan sebelum ini.

Menurut Ameng lagi, penyesalan tersebut bukan sahaja atas kesalahannya menghisap dadah, tetapi pelbagai kesilapan lampau yang menyusahkan diri sendiri, keluarga mahupun pihak lain.

"Bagaimanapun, saya bersyukur atas hikmah di sebalik musibah ini yang seterusnya membuka mata saya untuk menyesali tindak-tanduk saya sebelum ini.

"Program-program yang disediakan oleh pihak penjara terutama aktiviti-aktiviti keagamaan berjaya membentuk diri saya ke arah peribadi yang lebih mulia sebagai bekalan untuk menghadapai dunia luar apabila dibebaskan nanti," jelasnya yang terharu dengan kunjungan keluarga serta rakan-rakan seperjuangan.

Sementara itu, Freddie berkata, dia membawa rakan-rakan artis bertujuan untuk memberi sokongan dan semangat buat Ameng dengan mesej bahawa penyanyi itu tidak keseorangan dalam mengharungi dugaan terbabit.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.