saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 06/11/2012

PDRM umum pertukaran lapan pegawai kanan

KUALA LUMPUR 5 Nov. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran serta kenaikan pangkat lapan pegawai kanan polis berkuat kuasa dalam masa terdekat.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara, (Perhubungan Awam) Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf berkata, Suruhanjaya PDRM Malaysia telah meluluskan pertukaran pegawai-pegawai kanan berkenaan.

Beliau berkata, Ketua Penolong Pengarah (D10) Forensik, Makmal Forensik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner (SAC) Dr. Yew Chong Hooi ditukar sebagai Komandan Maktab PDRM.

"Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof pula dilantik ke jawatan Ketua Pusat Pengajian Sains Pengurusan di Maktab PDRM bagi menggantikan Datuk Dr. Chai Khin Chung yang dilantik sebagai Ketua Jabatan Pengurusan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

"Pertukaran itu turut melibatkan Ketua Jabatan Pengurusan IPK Kuala Lumpur, Datuk Razali Ab. Razak yang bertukar sebagai Timbalan Pengarah Penguatkuasaan, Pencegahan dan Kepolisan Am, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, Ramli berkata, jawatan Ketua Pusat Pengajian Krisis dan Bencana Maktab PDRM akan dipangku oleh Timbalan Pengarah Penguatkuasaan, Pencegahan dan Kepolisan Am, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, SAC Datuk Mohd. Zulyadaen Ismail.

"Sebelum ini, jawatan itu disandang oleh SAC Mohd. Shahrizan Che Mat Din yang turut ditukarkan untuk mengisi jawatan Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Latihan dan Peperiksaan, Bahagian Latihan Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

"Datuk A. Paramasivam yang sebelum ini memangku jawatan Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Latihan dan Peperiksaan, Bahagian Latihan Jabatan Pengurusan Bukit Aman pula mengisi tempat sebagai Timbalan Ketua Polis Perak," katanya.

Menurut Ramli, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Pahang, SAC T. Narenasagaran pula akan memangku pangkat Ketua Penolong Pengarah (D10) Forensik, Makmal Forensik Bukit Aman.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.