saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 08/11/2012

PLUS beri rebat tol sempena Deepavali, Awal Muharam

KUALA LUMPUR 8 Nov. - PLUS memberi rebat kepada pengguna rangkaian lebuh raya PLUS yang membayar tol menggunakan sistem elektronik sempena cuti Deepavali dan Awal Muharam ini.

Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif PLUS, Datuk Noorizah Abd Hamid berkata, pengguna kad PLUSMiles, kad Touch n Go dan SmartTAG akan menikmati rebat tol sebanyak 20 peratus pada 13 Nov bersempena Deepavali.

Sebagai tambahan, pengguna sistem tersebut juga akan menikmati rebat tol sebanyak 10 peratus pada 14 Nov dan 16 Nov.

"Rebat tol ini boleh dinikmati sepanjang hari tanpa tempoh terhad dan tidak diberikan kepada pengguna yang membayar tol di Plaza Tol Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar dan Jambatan Pulau Pinang," katanya.

Pengguna yang layak boleh menuntut rebat tol apabila menambah nilai kad PLUSMiles atau kad Touch n Go bermula pada 1 Jan hingga 31 Mac 2013 di semua pusat khidmat pelanggan di lebuh raya PLUS. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.