saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 09/11/2012

Gabung buat laporan polis bantah Nurul Izzah

Wakil Majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu Negeri Johor membuat laporan polis mengenai kenyataan Nurul Izzah berkenaan kebebasan beragama, di Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU 8 Nov. - Lebih 15 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bawah Majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu Negeri Johor (Gabung) membuat laporan di Balai Polis Sentral di sini hari ini terhadap kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mengenai kebebasan beragama yang dikeluarkan minggu lalu.

Ketua Penerangannya, Abdullah Md. Yusof berkata, Gabung yang mewakili 320 NGO Melayu seluruh negeri itu membuat laporan polis pukul 3.36 petang dan meminta Nurul Izzah menarik balik kenyataan tersebut.

Beliau turut memohon agar Nurul Izzah membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap seluruh umat Islam di negara ini atas kenyataan tersebut.

"Isu agama tidak sewajarnya dipolitikkan dan dijadikan alat untuk mempopularkan diri sendiri," katanya selepas membuat laporan berkenaan di sini hari ini.

Nurul Izzah seperti yang dipetik laporan portal berita propembangkang Malaysiakini berkata: "Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata".

Abdullah berkata, sekiranya Nurul Izzah enggan berbuat demikian, pihak berkuasa diminta untuk mengambil tindakan sewajarnya supaya menjadi pengajaran kepada semua pihak yang terfikir untuk menyentuh tentang Islam dalam arena politik mereka.

"Jangan sesekali mempertikaikan agama Islam dan Perlembagaan negara. Telah termaktub agama Islam merupakan agama Persekutuan dan jangan ada pihak berniat untuk mengubahnya," katanya.

Dalam pada itu, pihaknya mengalu-alukan masyarakat beragama Islam supaya menyertai perhimpunan aman yang akan diadakan selepas sembahyang Jumaat di Masjid Jamek Bandar Baru Uda di sini esok.

"Kita akan mengadakan perhimpunan aman dan harmoni bagi menunjukkan bantahan terhadap kenyataan Nurul Izzah itu. Sehubungan itu orang ramai dijemput hadir bagi menunjukkan sokongan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:20
Asar 4:36
Maghrib 7:26
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.