saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 12/11/2012

Lagi laporan polis terhadap Nurul Izzah

SHARUDIN Ahmad (tengah) dan anggota NGO menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat sebagai bantahan terhadap kenyataan Nurul Izzah Anwar di IPD Kerian, Bagan Serai, Perak, kelmarin.

BAGAN SERAI 11 Nov. - Pelbagai pihak terus membuat laporan polis mengecam kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mengenai kebebasan beragama dalam kalangan orang Melayu baru-baru ini.

Di Perak, empat laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian di sini semalam mendesak pihak berkuasa menyiasat kenyataan Nurul Izzah yang didakwa boleh mencetuskan kekeliruan dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Laporan polis itu dibuat Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), Pemuda UMNO Bahagian Bagan Serai, Ketua-ketua cawangan UMNO sekitar Kerian dan pemimpin Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sekitar Parlimen Bagan Serai.

Empat laporan polis itu dibuat antara pukul 4.30 hingga 6.30 petang oleh wakil pertubuhan berkenaan terdiri Ketua Pemuda UMNO Bagan Serai, Sharudin Ahmad; Ketua UMNO Cawangan Matang Jelutong, Anuar Nusi; Pengerusi JKKK Parit Mentara, Nordin Jali dan wakil Pekida Kerian, Nor Azizan Ramli.

Dalam laporan disiarkan portal propembangkang, Malaysiakini baru-baru ini, Nurul Izzah dipetik sebagai berkata: "Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama, mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata."

Sharudin ketika ditemui berkata, kenyataan Nurul Izzah ini boleh mencetuskan kekeliruan kepada umat Islam lebih-lebih lagi memetik ayat al-Quran sehingga memberi tafsiran yang salah mengenai hak kebebasan beragama.

Di KLANG, empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Meru meminta pihak berkuasa menyiasat serta mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Nurul Izzah berhubung kenyataannya itu.

Mereka yang membuat laporan polis di Balai Polis Meru pukul 1 petang ini terdiri daripada Gerakan Masyarakat Prihatin Meru, Persatuan Penduduk Taman Datuk Bandar, Persatuan Penduduk Kariah Kampung Hj. Mohamad Sharif dan Persatuan Kariah Surau Hj. Kamarudin.

Pengerusi Gerakan Masyarakat Prihatin Meru, Jaya Kusuma Rosman berkata, sekiranya benar Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan sedemikian pihaknya meminta Ahli Parlimen Lembah Pantai itu bertanggungjawab terhadap apa yang dinyatakannya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.