saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 17/11/2012

NGO bantah filem Thuppakki

AMIR Amsaa Alla Pitchay (tiga dari kanan) bersama ahli Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia menunjukkan laporan polis membantah tayangan filem Thuppakki di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/WAHIDIN SALIM

KUALA LUMPUR 16 Nov. - Tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis menggesa supaya pihak berkaitan menghentikan serta-merta tayangan filem Tamil berjudul Thuppakki yang didakwa boleh mencetuskan provokasi terhadap umat Islam.

Laporan dibuat oleh Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Majlis Madrasah India Muslim Malaysia (Mim) dan Pertubuhan Ansarul Islam Malaysia pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini hari ini.

Presiden IRIMM, Amir Amsaa Alla Pitchay berkata, sebahagian besar adegan dalam filem tersebut yang mula ditayangkan di Malaysia sejak Deepavali lalu menggambarkan umat Islam sebagai pengganas adalah sangat keterlaluan.

"Boleh dikatakan 90 peratus adegan dalam filem tersebut menceritakan betapa jahat dan ganasnya penganut agama Islam dan umatnya perlu dihapuskan.

"Ini adalah provokasi melampau yang cuba dicetuskan oleh penerbit dan pengarah filem tersebut justeru, filem ini perlu dihentikan serta-merta daripada ditayangkan di seluruh negara," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Agung Mim, Kamal Batcha Noor Mohideen berkata, beliau meminta agar kerajaan dan agensi berkaitan seperti Lembaga Penapisan Filem dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) supaya lebih tegas dan berhati-hati membawa masuk filem luar sebelum ditayangkan di negara ini.

"Sebenarnya kami agak pelik bagaimana filem-filem sebegini dengan mudah masuk dan ditayangkan di negara yang mempunyai majoriti penduduk beragama Islam.

"Sehubungan itu, kami meminta agar kandungan dan jalan cerita setiap filem import diteliti terlebih dahulu sebelum ditayangkan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.