saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 21/11/2012

Remaja Palestin tampil tentang kekejaman rejim di pejabat Kedutaan Amerika Syarikat

MAHMUD Samouni, seorang remaja Palestin berusia 15 tahun mempunyai episod sedih yang cukup menyayat hati apabila menyaksikan sendiri kekejaman rejim Zionis membunuh adik, sepupu dan bapa kandungnya di Palestin. Beliau semalam mewakili kanak-kanak Gaza meluahkan rasa kecewa dengan memegang sepanduk mempersoalkan mengapa kekejaman Israel berlaku lagi, di hadapan pejabat Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR 20 Nov. - Seorang remaja Palestin hari ini tampil memegang sepanduk menentang kekejaman Israel di Gaza sebagai tanda mewakili suara kanak-kanak di wilayah itu sambil berjalan ke pekarangan pejabat Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Jalan Tun Razak di sini hari ini.

Mahmud Samouni, 15, memegang sepanduk tertulis, ‘I am Mahmud Samouni from Palestine, my age is 15 years old. Why do you let same thing to happen again in Gaza,’ (Saya Mahmud Samouni dari Palestin, umur saya 15 tahun. Kenapa anda biarkan kejadian sama berlaku di Gaza.)

Remaja itu diiringi sepupunya dan beberapa wakil Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) turut melaung-laungkan slogan ‘Selamatkan Palestin, bebaskan Palestin’ sebaik sahaja tiba di pekarangan kedutaan tersebut kira-kira pukul 3.30 petang.

Mahmud memberitahu, tindakan yang dilakukannya hari ini sebagai mewakili kanak-kanak Palestin menyuarakan hak keamanan dan kebebasan mereka yang dirampas rejim Israel, untuk disampaikan kepada dunia luar.

“Saya bersyukur kerana terselamat dalam satu serangan rejim Israel namun amat sedih kerana terpaksa menyaksikan sendiri bagaimana adik yang berusia empat tahun, sepupu dan bapa yang dibunuh kejam depan mata sendiri.

“Israel sudah membunuh ramai kanak-kanak yang tidak berdosa di Palestin. Ramai yang kehilangan ahli keluarga masing-masing dalam serangan tidak berperikemanusiaan itu," katanya kepada pemberita di pekarangan Kedutaan AS di sini hari ini.

Mahmud antara 10 rakyat Palestin yang menjadi saksi tragedi keganasan yang menimpa keluarga mereka serta rakyat di wilayah itu, dibawa khas oleh PGPF sebagai testimoni program Tabung Kecemasan Gaza di negara ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.