saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 25/11/2012

Himpunan Hijau punca lalu lintas sesak, imej negara buruk

KUALA LUMPUR 25 Nov. - Himpunan Hijau membantah operasi kilang Lynas di Gebeng, Pahang yang disertai kira-kira 2,000 orang di sekitar Dataran Merdeka di sini menyebabkan kesesakan trafik melampau selain menjejas perancangan penduduk pada hujung minggu.

Sebelum himpunan dua jam itu bermula pada 4 petang, pesertanya dilihat berarak sejauh 42 Kilometer dari Gombak menyebabkan kesesakan trafik yang keterlaluan.

Tinjauan Bernama mendapati banyak laluan ke ibu negara sesak dengan kenderaan termasuk di Jalan Maharajalela, Jalan Kuching, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Masjid India, Jalan Raja Laut dan Jalan Sultan Ismail.

Malah, peserta perhimpunan turut membanjiri jalan raya sehingga menghalang kenderaan yang menuju pusat bandar menyebabkan polis terpaksa menutup laluan di Jalan Raja Laut dan Jalan Masjid India.

Antara yang dilihat hadir pada perhimpunan itu ialah Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok dan Anggota Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah.

Himpunan itu diadakan tanpa permit polis dan ia juga gagal mendapat kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menggunakan Dataran Merdeka sebagai lokasi utama. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:11
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.