saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 27/11/2012

Lebih sejuta kunjungi MAHA

Yusop Abd. Majid (kiri) menerima hadiah daripada Perunding Bersekutu Marditech, Dr. Ahmad Zam Zam Mohamed di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA), Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, semalam.

KUALA LUMPUR 26 Nov. - Seorang pengusaha buah-buahan terkejut apabila kunjungannya ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2012 hari ini, membawa tuah apabila diumumkan sebagai pengunjung ke sejuta pameran itu.

Selaku pengunjung bertuah, Yusop Abd. Majid, 55, dari Merlimau, Melaka membawa pulang hadiah percutian untuk dua orang ke Sabah Agriculture Park serta hamper saguhati.

Yusop ketika ditemui ternyata gembira dan menganggap kesungguhannya bertolak dari Merlimau, Melaka sejak awal pagi semata-mata untuk mengunjungi MAHA 2012 ternyata berbaloi.

Dia yang hadir bersama isteri beserta rakan-rakan berkata, sebagai seorang petani, kunjungannya ke pameran itu adalah untuk melihat sendiri teknologi terkini dan kaedah baru pertanian.

"Saya terkejut dan tidak menyangka akan terpilih sebagai pengunjung ke sejuta, semestinya saya akan membawa isteri bersama untuk hadiah percutian tersebut,". katanya.

Sementara itu, MAHA 2012 yang memasuki hari keempat terus dikunjungi orang ramai yang mahu melihat sendiri kepelbagaian dalam sektor pertanian.

Bagi salah seorang pengunjung, Jumaat Yasidi, 48, sudah lama dia berhasrat mengunjungi pameran itu dan ternyata program tersebut amat memuaskan hati.

"Ini kali pertama saya mengunjungi pameran pertanian ini dan sememangnya amat berbaloi. Saya turut membeli pelbagai produk pertanian seperti buah-buahan," katanya.

Bagi seorang peniaga, Noor Azam Abd. Aziz, 42, ini merupakan kunjungannya buat kali kedua ke MAHA 2012.

"Semalam saya datang berseorangan tetapi hari ini bersama keluarga, banyak pameran yang boleh dikunjungi dan kepelbagaian maklumat mengenai pertanian sememangnya berguna untuk anak-anak saya yang masih bersekolah," ujarnya.

Sementara itu, Nurazita Hamidon, 31, seorang pembantu tadbir berkata, sebagai seorang penggemar buah-buahan, MAHA 2012 merupakan lokasi terbaik untuk dikunjungi.

"Seperti dijangka, MAHA 2012 cukup meriah. Jelas kunjungan seperti ini dapat mengeratkan hubungan kami sekeluarga yang datang dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur semata-mata untuk ke pameran ini," katanya.

MAHA 2012 diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang bermula dari 23 November hingga 2 Disember ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.