saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 07/12/2012

Karya sains fiksyen bagi program Komsas

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Kementerian Pelajaran akan mempertimbangkan untuk menjadikan karya fiksyen sains sebagai buku teks bagi pelbagai program termasuk 'Komsas' atau Komponen Sastera dalam subjek Bahasa Melayu di setiap sekolah.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Abd. Ghafar Mahmud berkata, penekanan kepada bidang sains dan teknologi diyakini akan memperkayakan lagi bahan bacaan pelajar bagi melahirkan generasi masa depan yang kreatif dan inovatif.

Ini kerana, katanya, konsep langit terbuka membolehkan generasi muda mendapat tahu perkembangan dunia dengan pantas sehubungan itu, bahan bacaan di sekolah juga perlu dipelbagaikan bagi memenuhi cita rasa pelajar yang kian berubah.

"Jika di negara maju genre fiksyen sains amat popular dan banyak mewarnai pemikiran dunia serta menjadi inspirasi kepada penciptaan teknologi baru yang memberi manfaat kepada manusia.

"Sebagai contoh Avatar karya James Cameron yang bukan sahaja menunjukkan kecanggihan teknologi tetapi juga membawa mesej penting iaitu sayangkan alam sekitar," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian hadiah serta pelancaran karya pemenang Sayembara Fiksyen Sains Dan Teknologi UTM- Kumpulan Utusan di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalannya, Datuk Dr. Khair Mohamad Yusof.

Yang turut hadir, Pro Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Tan Sri Dr. Salleh Mohd. Nor; Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin; Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Nasir Ali; Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak serta Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pelaksana Sayembara itu, Datuk Othman Mohamad dan Prof. Dr. Hishamuddin Jamaluddin.

Sementara itu, Dr. Salleh berkata, perkembangan genre fiksyen sains dan teknologi dalam konteks negara masih belum menyerlah dan menggalakkan terutama yang sesuai dengan bahasa, adab timur dan nilai agama.

"Selari dengan penekanan kerajaan bagi melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif, saya gembira sekiranya kerajaan dapat menjadikan karya yang memenangi sayembara ini sebagai teks sastera di sekolah.

"Malah, saya berharap agar tesis- tesis berkaitan sains dan teknologi dapat dibukukan dan bukan sekadar ditempatkan di perpustakaan bagi membolehkan ia menjadi sumber rujukan ilmiah umum," katanya.

Dalam pada itu, Mohamed Hashim berkata, laluan yang disediakan UTM dan Kumpulan Utusan itu diharap mampu memberi peluang kepada generasi penulis muda untuk melontarkan idea yang di luar jangkauan pemikiran dalam usaha memperkasakan bahasa, sastera dan tradisi keilmuan khasnya.

"Fiksyen sains dan teknologi bukanlah sekadar piring terbang, pengembaraan angkasa lepas, makhluk asing atau robot semata-mata, ia sebenarnya lebih kepada gabungan penerokaan alam fiksyen misteri, aksi, fantasi, detektif dan teknologi di dalam satu rencah penulisan tanpa mengetepikan nilai moral, sastera dan budaya tempatan.

"Ini bersesuaian dengan matlamat penganjurannya untuk menyuburkan daya cipta, kreativiti dan inovasi di kalangan masyarakat terutama para pengkarya," katanya.

Sebanyak enam karya yang memenangi sayembara pada kali ini bagaimanapun, tiada pemenang yang layak memenangi tempat pertama.

Sayembara itu menyaksikan Sri Rahayu Mohd. Yusop dinobatkan sebagai pemenang kedua menerusi karya Equilibria.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.