saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 07/12/2012

Guru Bahasa Inggeris raih RM7,000 menerusi novel Equilibria

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi UTM- Kumpulan Utusan mencapai kemuncaknya apabila seorang guru, Sri Rahayu Mohd. Yusop dinobatkan sebagai pemenang tempat kedua menerusi karya yang berjudul Equilibria

Kemenangan itu melayakkan beliau yang merupakan guru Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Jaya, Ampang meraih wang tunai RM7,000, trofi dan watikah.

Sebanyak enam karya dipilih sebagai pemenang bagaimanapun, tiada pemenang yang layak memenangi tempat pertama.

Sri Rahayu ketika ditemui berkata, beliau mengambil masa selama setahun menyiapkan novel yang berkisar tentang kesan teknologi terhadap alam sekitar itu.

"Ini merupakan percubaan pertama dalam menghasilkan karya bergenre fiksyen sains dan saya benar- benar tidak menyangka ia dipilih sebagai pemenang dalam sayembara kali ini.

"Sebelum ini saya pernah memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) tetapi kali ini amat mencabar bagi saya kerana saya tiada asas dalam bidang sains dan teknologi," katanya selepas majlis Penyampaian Hadiah serta pelancaran karya pemenang Sayembara itu di sini hari ini.

Hadiah disampaikan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Khair Mohamad Yusof.

Bagi pemenang tempat ketiga, Dr. Shaikh Mohd. Saifuddeen Shaikh Mohd. Salleh atau nama penanya Amir Husaini menerusi novel Detik berkata, beliau tergerak menghasilkan karya fiksyen sains itu berikutan kekurangan genre sedemikian di negara ini.

"Saya merupakan penggemar buku-buku fiksyen sains sejak di bangku sekolah dan idea untuk menulis buku bergenre itu banyak didorong oleh kurangnya karya- karya sedemikian dalam bahasa Malaysia.

"Ini merupakan kali kedua saya menulis novel bergenre sains fiksyen dan saya berharap untuk menghasilkan lebih banyak lagi di masa hadapan," katanya yang merupakan Pakar Perunding di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Antara pemenang hadiah penghargaan adalah Jali Kenoi (Bekamorfosis), Nor Aziza Sulaiman (Di Sebalik Dinara) dan Amer Hmzah L.Kadir (ID) yang membawa pulang wang tunai RM1,000, trofi dan watikah.

Faridah Abdul Hamid pula menerusi karyanya Timpani memenangi Hadiah Galakan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.