saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 16/12/2012

Filipina hargai bantuan kita

Brigedier Jeneral Sanusi Samion menyampaikan kotak barangan makanan sebagai simbolik penyampaian bantuan kepada Liza Mazo di Lapangan Terbang Antarabangsa Davao, kelmarin. - BERNAMA

DAVAO, MINDANAO 15 Dis. - Pengarah Wilayah II, Pejabat Pertahanan Awam Davao City, Liza Mazo melahirkan penghargaan terhadap kerajaan Malaysia yang tidak jemu menghulurkan bantuan kepada penduduk Filipina yang berada dalam kesusahan.

"Kerajaan Malaysia datang kembali menghulur bantuan kepada penduduk Davao City setelah menjadi negara pertama yang bertindak dengan kesukaran rakyat di sini pada 7 Disember lalu.

"Tindakan kerajaan Malaysia begitu menyentuh hati kami dan tidak cukup sekadar ucapan terima kasih terhadap hubungan yang melebihi dari persaudaraan ini," katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan bantuan kemanusiaan Malaysia kepada Filipina di Lapangan Terbang Antarabangsa Davao di sini semalam.

Beliau seterusnya memberitahu, proses pemulihan di kawasan yang terlibat dengan bencana tersebut terutama di Baganga dan Caranga yang teruk terjejas akan memakan masa yang lama.

"Apa yang penting adalah mengembalikan tahap ekonomi penduduk yang terjejas kerana majoriti daripada mereka bergantung dengan hasil pertanian.

"Kanak-kanak juga perlukan sekolah selain tempat perlindungan yang dibina semula untuk penduduk memulakan aktiviti harian," katanya.

Sementara itu, Konsul Jeneral Malaysia di Davao City, Abdullah Zawawi Tahir memberitahu, kebanyakan rakyat Malaysia di sini, menetap di Davao City dan Cagaya De Oro, iaitu kawasan yang bebas daripada bencana tersebut.

Beliau berkata, bagaimanapun semasa taufan berkenaan melanda, seorang rakyat Malaysia terkena renjatan elektrik dan cedera ringan.

"Sebanyak 44 orang rakyat Malaysia berusia antara 17 hingga 20 tahun adalah pelajar perubatan di Davao Medical School Foudation manakala 20 lagi merupakan rakyat Malaysia yang menetap dan berkahwin dengan penduduk di sini," katanya.

Mengulas lanjut, Abdullah Zawawi memberitahu, pihak konsulat sentiasa berhubung dengan setiap rakyat Malaysia yang berada di bandar itu dan mempunyai pelan tertentu sekiranya berlaku sesuatu tidak diingini.

"Ketika taufan Bhopa melanda, kita merasai gegaran seperti gempa bumi tetapi keadaan itu tidak kuat dan seteruk di lokasi-lokasi pedalaman di Davao.

"Sejurus bencana berlaku, pihak konsulat segera menghubungi 64 rakyat Malaysia untuk mengetahui status mereka, malah sentiasa berhubung setiap masa meskipun bukan dalam keadaan bencana," jelasnya.

Tambah beliau, konsulat Malaysia bertanggungjawab untuk mengumpul maklumat tentang taufan itu dan mengetahui keperluan asas yang paling kritikal untuk diberi bantuan.

"Setakat ini, barang utama kami cadangkan untuk dihantar dari Malaysia adalah susu awalan bagi kanak-kanak berusia satu hingga tiga tahun," katanya.

Semalam, sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menjalankan misi kemanusiaan kali kedua dengan membawa 11,000 kilogram bernilai RM250,000 kepada mangsa taufan Bhopa.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:27
Maghrib 7:01
Isyak 8:15



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.