saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 20/12/2012

Semashur sekolah terbaik SBP tiga tahun berturut-turut

KUALA LUMPUR 19 Dis. - Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (Semashur) berjaya muncul sebagai sekolah terbaik kategori Sekolah Berasrama Penuh (SBP) untuk tiga tahun berturut-turut dalam keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) diumumkan hari ini.

Menurut Pengetuanya, Siti Rogayah Yahya, kejayaan itu berdasarkan pencapaian 1.02 Gred Purata Keseluruhan (GPK) serta 87.9 peratus daripada 157 calon pelajarnya yang lulus 100 peratus dan mendapat A dalam semua mata pelajaran.

"Tambah membanggakan, Semashur juga merupakan sekolah terbaik bagi peringkat negeri Selangor. Pencapaian cemerlang ini sudah tentu menggembirakan seluruh warga sekolah bukan sahaja pelajar terlibat tetapi juga para guru yang telah berusaha keras menjalankan pelbagai program bagi meningkatkan prestasi pelajar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambahnya, tiga mata pelajaran iaitu Matematik, Bahasa Arab dan Kemahiran Hidup mencatatkan keputusan cemerlang apabila kesemua calon berjaya memperoleh A.

"Prestasi ini harus dikekalkan dan kami percaya mampu mencapainya dengan kerjasama semua pihak termasuk ibu bapa, lebih-lebih lagi sedia maklum PMR tahun hadapan merupakan yang terakhir sebelum dimansuhkan," katanya.

Jelas Siti Rogayah, antara rahsia kejayaan para pelajar Semashur adalah dilihat berpunca hubungan erat antara guru dan pelajar menerusi Program Budaya Penyayang yang diwujudkan di sekolah berkenaan, selain kelas-kelas tambahan bagi memantapkan penguasaan bagi setiap mata pelajaran.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:01
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.