saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 25/12/2012

Banjir di Terengganu semakin buruk

KUALA TERENGGANU 25 Dis.- Keadaan banjir di Terengganu semakin buruk apabila seramai 4,553 mangsa di seluruh negeri ini dipindah dan ditempatkan di 85 buah pusat pemindahan di daerah masing-masing sehingga pukul 12 tengah hari ini.

Daerah Besut mencatatkan bilangan mangsa banjir paling ramai iaitu 1,096 orang melibatkan 243 keluarga berbanding semalam seramai 101 penduduk daripada 26 keluarga.

Jurucakap bilik gerakan banjir negeri berkata, daerah kedua tertinggi ialah Hulu Terengganu melibatkan seramai 1,052 mangsa daripada 249 keluarga berbanding semalam hanya 26 penduduk melibatkan enam keluarga.

Mangsa di daerah Dungun pula semakin meningkat daripada semalam apabila mencatatkan seramai 744 orang daripada 186 keluarga berbanding semalam seramai 317 penduduk melibatkan 80 keluarga.

Ia diikuti daerah Setiu seramai 717 mangsa daripada 193 keluarga manakala daerah Kemaman mencatatkan jumlah penduduk seramai 611 orang melibatkan 189 keluarga.

Bagi daerah Marang pula seramai 242 orang daripada 60 keluarga telah diarah berpindah dan diikuti daerah paling sedikit terjejas, Kuala Terengganu seramai 91 mangsa melibatkan 25 keluarga dengan satu pusat pemindahan sahaja dibuka iaitu di Sekolah Tanjung Gelam. - UTUSAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.