saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 26/12/2012

Mangsa banjir Kelantan seramai 4,062 orang

KOTA BHARU 26 Dis. - Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan di seluruh Kelantan hari ini meningkat biarpun cuaca pada hari ini dan semalam agak baik.

Sehingga pukul 1 petang ini, seramai 4,062 orang telah dipindahkan ke 35 buah pusat pemindahan berbanding hanya 3,059 semalam.

Sementara itu, lapan batang jalan di lima buah daerah di negeri ini ditutup kepada semua kenderaan. Jalan-jalan yang terlibat ialah:

* Km 11, Jalan Pasir Mas-Pohon Tanjung-Rantau Panjang berhampiran Kampung Siram

* Jalan Machang - Pengkalan Meleret-Wakaf Bata berhampiran Padang Klupang, Machang.

* Km 3 Jalan Pangkalan Rakit, Pasir Mas

* Km 7.4, Jalan Rantau Panjang - Panglima Bayu, Kampung Kajang, Pasir Mas

* Km 8, Jalan Kg. Pepuyu, Kampung Kajang, Tanah Merah.

* Km 6, Jalan Tanah Merah-Kusial-Kg. Ipoh, Kampung. Chekok, Tanah Merah

* Km 8, Jalan Cabang 4 - Kampung Jambu - Meranti, Kampung Ana, Tumpat.

* Km 3, Jalan Pohon Tanjung - Pasir Pekan, Kampung Pasir Pekan Hilir, Tumpat. - UTUSAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.