saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 28/12/2012

Hentikan polemik mahu guna kalimah Allah

SHAH ALAM 27 Dis. - Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abdul Wahid mahu semua pihak terutamanya orang bukan Islam berhenti membuat sebarang kenyataan atau desakan membenarkan kalimah Allah digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.

Beliau berkata, pengunaan kalimah Allah telah difatwakan haram serta dilarang digunakan oleh bukan Islam seperti yang termaktub dalam Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) yang diwartakan sejak 1988.

Malah katanya, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Ketua Agama Islam Negeri sebelum ini turut menitahkan pengunaan kalimah Allah oleh mana-mana agama selain Islam adalah haram.

“Polemik mengenai kalimah Allah perlu dihentikan kerana Sultan Selangor telah menitahkan isu tersebut tidak lagi perlu dibangkitkan, jadi mengapa masih lagi dijadikan bahan perbincangan sehingga kini.

“Dalam Bible terdapat konsep tuhan bapa, tuhan anak dan roh kudus. Dilihat daripada konsep itu, ia adalah jauh berbeza serta bercanggah dalam Islam yang mana Allah itu adalah Yang Maha Esa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam perutusan sempena Hari Krismas baru-baru ini, yang mendesak kerajaan Pusat membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam Bible versi bahasa Melayu seperti yang diamalkan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu.

Mengulas lanjut, Mohd. Tamyes berkata, umat Islam perlu menghayati surah al-Ikhlas yang menerangkan keesaan Allah dalam membuat pertimbangan berhubung isu tersebut.

Katanya, surah itu menyatakan tuhan ialah Allah Yang Maha Esa yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.

Tambah beliau, surah itu turut menyatakan Allah tiada beranak, tidak pula diberanakkan dan tidak ada sesiapa pun yang serupa dengan-Nya.

“Sehubungan itu, jika nama Allah dibenarkan dalam Bible versi bahasa Melayu, akan menimbulkan kekeliruan sama ada kalimah Allah tersebut merujuk Tuhan Yang Maha Esa atau tuhan yang mempunyai anak.

“Kewujudan salah interpretasi terhadap kalimah Allah perlu dielakkan umat Islam, sebaik-baiknya isu kalimah Allah tidak ditimbulkan lagi mana-mana pihak demi memelihara akidah umat Islam serta menjaga keharmonian beragama setiap rakyat termasuklah di Selangor," katanya.

Beliau menambah, larangan penggunaan kalimah Allah telah diputuskan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada Mei 2008 diikuti Jawatankuasa Fatwa negeri Selangor pada 10 Jun tahun sama.

Katanya, larangan itu memutuskan lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama selain Islam.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.