saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 07/01/2013

Hospital arah pesakit pulang bimbang air pasang besar

BEBERAPA pesakit termasuk yang berkerusi roda dibenarkan pulang sebagai persediaan pihak Hospital Sultanah Nur Zahirah menghadapi air pasang besar dijangka berlaku hari ini hingga Rabu di Kuala Terengganu, semalam. - UTUSAN/Shaifudin Mohd. Nor

KUALA TERENGGANU 6 Jan. - Bimbang sebahagian bangunan di tingkat bawah terjejas akibat kemungkinan gelombang ketiga banjir yang lebih serius melanda, pihak Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) membenarkan kebanyakan pesakitnya pulang awal.

Arahan yang dikeluarkan sejak pukul 6.30 petang ini itu dibuat selepas Jabatan Meteorologi menjangkakan kejadian air pasang besar serta hujan lebat di negeri ini mulai esok.

Keadaan hospital yang terletak kira-kira 30 meter daripada Pantai Batu Buruk, memaksa pesakit dibenarkan keluar awal kerana sebahagian bangunan perlu dikosongkan.

Difahamkan tingkat bawah dan tingkat satu HSNZ telah dikemaskan lebih awal dan pesakit kritikal yang sedang dipantau juga bersedia untuk dipindahkan jika berlaku banjir lebih besar seperti diramalkan.

Tinjauan di sekitar hospital itu kira-kira pukul 10 malam ini mendapati kebanyakan pesakit telah beransur pulang.

Menurut seorang kakitangan hospital yang enggan dikenali, asrama jururawat yang berada lebih hampir dengan pantai juga telah dikosongkan bermula petang ini.

Sementara itu seorang pesakit yang ditemui, Che Engku Norlia Che Engku Noh, 38, yang baharu bersalin berkata, dia dibenarkan pulang enam jam selepas melahirkan anak ketiganya.

Jelasnya, dia dan keluarga pada mulanya terkejut dengan tindakan pihak hospital, namun selepas dimaklumkan keadaan sebenar, dia berasa lega dapat pulang ke rumah lebih awal.

"Biasanya selepas melahirkan anak, kita boleh tinggal sehari dua di hospital tetapi terkejut bila pihak hospital minta saya pulang terus dan saya bersyukur sebab kalau benar jangkaan air pasang akan berlaku, ia agak menakutkan," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.