saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 09/01/2013

Setuju Allah diguna bukan Islam

KUALA LUMPUR 8 Jan. - Beberapa portal berita hari ini melaporkan majlis pimpinan pakatan pembangkang memutuskan kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut semua agama dengan syarat tidak disalahgunakan.

Keputusan tersebut diumumkan selepas mesyuarat pemimpin tertinggi pakatan pembangkang yang dihadiri Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Antara portal yang melaporkan berita tersebut ialah agendadaily.com; malaysiandigest.com dan portal berita propembangkang, malaysiakini.com.

Menurut agendadaily.com dalam sidang akhbarnya selepas itu, Abdul Hadi berkata, Pas berpendirian kalimah Allah tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa secara tepat.

Menurut Abdul Hadi, penganut Islam daripada berbagai kaum tetap menyebut perkataan Allah apabila menterjemah ke dalam bahasa masing-masing dan ketika beribadat.

"Walaubagaimanapun, Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah Allah dalam amalan mereka walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran," kata Abdul Hadi.

Portal berita malaysiandigest.com turut melaporkan perkara sama apabila menyiarkan berita kesepakatan majlis pimpinan pakatan pembangkang yang bersetuju kalimah Allah digunakan oleh penganut semua agama dengan syarat tidak disalahgunakan.

Dalam masa sama, portal berita berkenaan menyatakan keputusan itu bercanggah dengan arahan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang telah menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) supaya mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang masih mempersoal atau memperlekehkan fatwa berkaitan larangan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam pada Februari 2010.

Dalam kenyataan pagi ini, Setiausaha MAIS, Datuk Misri Idris berkata, baginda membuat kenyataan tersebut dalam satu mesyuarat dengan majlis agama tersebut.

Sementara itu, Anwar dalam respons balasnya ketika ditanya tentang arahan baginda itu mempertikaikan larangan tersebut yang dianggapnya sebagai 'tidak adil dan berat sebelah'.

"MAIS bergerak bebas dan tidak ada kena-mengena dengan kerajaan negeri Selangor, bahkan kita lihat kenyataan majlis agama itu tidak semestinya mewakili kerajaan negeri.

"Sebab itu larangan dan kritikan itu terhadap pakatan pembangkang sahaja... tidak pernah untuk UMNO," katanya.

Portal berita propembangkang, malaysiakini.com pula melaporkan Abdul Hadi berkata, Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah Allah dalam amalan mereka, walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran.

Sambil menyatakan rasa kesalnya kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) menjadikannya satu polemik dengan menggunakan media arus perdana, mereka (UMNO dan BN) tidak faham dan ini menyebabkan ketegangan penduduk pelbagai agama dalam masyarakat majmuk.

Menurut portal berita itu lagi, Anwar berkata, mereka telah mencapai kata sepakat tentang isu itu dan mahu Abdul Hadi menjelaskannya dengan lebih lanjut.

Isu melibatkan kalimah Allah, kata nama khas bagi Tuhan untuk orang Islam dicetuskan semula oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam perutusan sambutan Hari Krismas baru-baru ini apabila menggesa kerajaan membenarkan penggunaan kalimah itu di dalam Bible versi bahasa Melayu.

Kenyataan Guan Eng itu turut mengundang komen Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib yang menegaskan, penggunaan kalimah Allah khusus untuk Islam dan seluruh umatnya sahaja.

Menurut Harun, agama lain termasuk Kristian tidak berhak sama sekali menggunakan kalimah suci itu apatah lagi diguna pakai di dalam Bible versi bahasa Melayu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.