saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 11/01/2013

10,000 himpun bantah pembalakan di Tasik Pedu

ALOR SETAR 11 Jan. - KELIHATAN sebahagian daripada 220 bas membawa penduduk yang membantah pembalakan oleh kerajaan Pas Kedah di kawasan berhampiran Tasik Pedu, diletakkan di hadapan Masjid Zahir di sini pagi ini. Mereka kemudian bertolak ke Carok Genting Bunga, Mukim Pedu untuk menyertai kira-kira 10,000 penduduk yang akan berhimpun secara aman selepas solat Jumaat hari ini bagi membantah tindakan kerajaan negeri itu selain menentang penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible versi bahasa Melayu. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI

ALOR SETAR 11 Jan. - Kira-kira 10,000 penduduk negeri ini dijangka berhimpun secara aman di Charok Batang Padi Padang Terap pada pukul 3 petang ini bagi membantah aktiviti pembalakan oleh kerajaan Pas Kedah di kawasan berhampiran Tasik Pedu.

Kumpulan tersebut yang menaiki 220 buah bas berhimpun di hadapan Masjid Zahir di sini kira-kira pukul 9.30 pagi ini sebelum bertolak ke kawasan itu.

Perhimpunan dijangka diadakan selepas solat Jumaat dan diketuai oleh Pengerusi Gerakan Protes Aman Pembalakan Tasik Pedu, Datuk Mohd. Yusof Ismail.

Turut kelihatan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali.

Perhimpunan dijangka disertai penduduk dari negeri lain seperti Kelantan, Pulau Pinang dan Perak yang berhasrat meninjau sendiri aktiviti pembalakan meneroka hutan di kawasan tadahan air itu. - UTUSAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:09
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.