saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 12/01/2013

Najib lancar kempen Tahun Melawat Malaysia 2014

PUTRAJAYA 11 Jan. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka melancarkan kempen promosi Tahun Melawat Malaysia 2014 di Stadium Bukit Jalil pada 19 Januari ini.

Karnival pelancongan bermula dari 18 hingga 20 Januari tersebut bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai dan sektor swasta mengenai kepentingan Tahun Melawat Malaysia 2014 kepada ekonomi negara.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen (gambar) berkata, orang ramai yang mengunjungi karnival tersebut berpeluang mengetahui program-program pelancongan ditawarkan di negara ini serta perkembangan dalam industri.

''Pameran dan bazar akan diadakan untuk mempromosi produk-produk pelancongan di Malaysia," katanya dalam sidang akhbar di kementeriannya di sini hari ini.

Antara acara menarik yang dijalankan sepanjang karnival itu adalah bazar buah-buahan, pameran tanglung, pameran seni kontemporari, pameran motosikal dan basikal serta persembahan artis serta gendang yang mewakili pelbagai kaum.

Katanya, kementerian menjalankan kempen intensif untuk mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2014 tersebut bagi menarik kemasukan sebanyak 36 juta pelancong menjelang 2020.

Orang ramai yang menghadiri karnival tersebut juga berpeluang mendapatkan pelbagai pakej istimewa melalui 200 gerai dikendalikan pengusaha hotel dan agensi pelancongan.

''Pelbagai aktiviti dan pertandingan juga diadakan dengan menawarkan hadiah-hadiah menarik kepada pengunjung kanak-kanak dan dewasa.

''Medan Selera 1Malaysia turut diwujudkan di tapak karnival dengan menawarkan pelbagai makanan tradisi seperti nasi lemak, rojak, mi rebus dan nasi ayam,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.