saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 12/01/2013

12,000 berhimpun secara aman

Sebahagian 238 bas yang membawa lebih 12,000 penduduk untuk menyaksikan sendiri aktiviti penerokaan hutan di Tasik Pedu, Padang Terap, Kedah, semalam.

PADANG TERAP 11 Jan. - Bantahan terhadap penerokaan balak di kawasan tadahan air sampai kemuncaknya apabila lebih 12,000 penduduk di negeri ini dan luar berhimpun secara aman di Charok Batang Padi dekat sini hari ini sebagai memprotes tindakan kerajaan Pas Kedah itu.

Kumpulan tersebut yang menaiki 238 bas dari seluruh negeri ini termasuk luar seperti Perak, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor berhimpun selama tiga jam di kawasan tersebut bermula kira-kira pukul 3 petang.

Peserta turut membawa pelbagai sepanduk antaranya tertera tulisan Pembalakan Tanpa Kawalan Kerajaan Negeri Akibatkan Hakisan, Pertanian Di Kawasan Takungan Akibat Rakyat Minum Air Racun Dan Baja dan Kawasan Tasik Pedu Untuk Tadahan Hujan, Bukan Untuk Pembalakan yang menjelaskan kebimbangan mereka terhadap aktiviti penerokaan hutan tersebut.

Pengerusi Gerakan Protes Aman Pembalakan Tasik Pedu, Datuk Mohd. Yusof Ismail berkata, perhimpunan tersebut mencapai matlamat apabila mendapat sambutan dalam kalangan penduduk negeri ini dan luar yang ingin meninjau sendiri kerakusan kerajaan negeri menjalankan aktiviti pembalakan di kawasan itu.

"Kita menjangkakan hanya 5,000 hingga 6,000 sahaja yang akan turut serta tetapi ternyata banyak dalam kalangan penduduk datang ingin mendapat kepastian tentang isu pembalakan berleluasa di kawasan ini.

"Itu tujuan kita membawa penduduk ke sini supaya mereka lihat apa yang dilakukan oleh Menteri Besar Kedah itu tentang hakikatnya pembalakan turut dijalankan di puncak kawasan berhampiran tadahan air di Tasik Pedu ini,"katanya kepada pemberita selepas perhimpunan tersebut.

Hadir sama, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) Malaysia, Datuk Ibrahim Ali.

Utusan Malaysia menerusi siri laporan khas sebelum ini mendedahkan Kedah kini berdepan ancaman bencana alam khususnya banjir lumpur dalam skala besar ekoran pembalakan berleluasa di kawasan tadahan air sekali gus mengundang reaksi bantahan daripada pelbagai pihak.

Kerajaan Pas Kedah juga dilaporkan menjalankan aktiviti penerokaan hutan di Gunung Inas, Baling untuk memajukan 5,000 hektar tanah bagi pelaksanaan projek Ladang Sejahtera manakala kira-kira 350 hektar tanah hutan di sekitar Tasik Pedu diteroka bagi tujuan projek agro pelancong.

Tambah Mohd. Yusof lagi, perhimpunan yang disifatkan sebagai raksasa itu turut disertai oleh lebih 1,000 penduduk dalam kalangan masyarakat Siam, Cina dan India.

"Kita percaya anggota masyarakat membantah tindakan kerajaan negeri ini. Keseluruhan hutan ini adalah hak kita dan kawasan tadahan ini adalah anugerah daripada Allah, kita patut bersyukur kerana kita ada kawasan tadahan yang sebelum kerajaan Pas mentadbir tidak pernah disentuh.

"Tetapi kini mereka rakus menerokainya hutan yang menjadi aset untuk anak cucu kita," katanya.

Katanya, selain berhimpun secara aman penduduk yang menyertai perhimpunan tersebut berpeluang sendiri meninjau kawasan hutan yang digondolkan atas alasan untuk melaksanakan projek ladang buah-buahan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:11
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.