saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 12/01/2013

Akibat kemiskinan, 3 beradik sering ponteng sekolah

ZARINA Mohd. Yusoff menyampaikan sumbangan basikal kepada murid-murid miskin dari Kampung Madat di Sekolah Kebangsaan Che Deris, Kota Bharu, semalam.

KOTA BHARU 11 Jan. - Kemiskinan hidup yang dialami oleh keluarga Ismail Yahya, 49, dari Kampung Madat di sini menyebabkan dua daripada empat anaknya sering ponteng sekolah, manakala seorang lagi masih gagal mendaftarkan diri di sebuah sekolah menengah pada sesi persekolahan yang bermula awal tahun ini.

Ismail yang bekerja sebagai jaga di tempat meletak kenderaan di pusat bandar dengan pendapatan kira-kira RM500 sebulan, tidak mampu membelikan basikal untuk anak-anaknya, Fadilawati, 11, dan Fadliana, 9, bagi membolehkan mereka berulang-alik ke Sekolah Kebangsaan (SK) Che Deris di sini yang terletak kira-kira dua kilometer dari rumah mereka.

Sementara itu, seorang lagi anaknya, Siti Fatini, 13, yang sepatutnya mendaftarkan diri di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badang pula, masih tidak dapat berbuat demikian kerana tiada kelengkapan sekolah termasuk baju seragam.

Bagaimanapun, abang kepada adik-beradik ini, Mohd. Ikmal, 14, bersekolah seperti biasa dan kini menuntut di tingkatan dua.

"Kami sekeluarga sebelum ini menyewa berhampiran bandar, tetapi berpindah balik ke Kampung Madat kerana ayah tidak mampu membayar sewa sejak lebih setahun lalu," kata Siti Fatini kepada pemberita di sini semalam.

Menurut remaja ini lagi, akibat kemiskinan keluarga, dia bukan sahaja gagal ke sekolah, malah adik-beradiknya juga kerap ponteng sekolah.

Kata Siti Fatini, bapanya pula terpaksa menumpang rakan-rakannya untuk ke tempat kerja di pusat bandar yang terletak kira-kira 10 kilometer dari rumah mereka.

"Ibu saya, Mek Yam Awang Hamat, 38, tidak dapat bekerja bagi menambah pendapatan keluarga kerana sering mengalami penyakit gangguan mental," katanya.

Nasib dihadapi adik-beradik itu mendapat perhatian Wanita UMNO Bahagian Pengkalan Chepa apabila menyumbangkan tiga buah basikal untuk membolehkan mereka ke sekolah.

Sumbangan disampaikan oleh Ketuanya, Zarina Mohd. Yusoff setelah menerima maklumat mengenai keluarga Ismail dari pihak sekolah.

Turut hadir pada majlis penyampaian sumbangan basikal itu ialah Penolong Kanan Pentadbiran SK Che Deris, Wan Ismail Wan Yusoff dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, Zailani Zakaria.

"Sumbangan ini di bawah program Cakna Wanita UMNO Bahagian Pengkalan Chepa. Kita juga akan usahakan bantuan-bantuan lain yang diperlukan bagi memastikan tiga beradik terbabit dapat meneruskan persekolahan mereka," kata Zarina.

Tiga beradik terbabit turut menerima bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.