saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 13/01/2013

Anak kecil diperalat, dibawa ke demonstrasi, terdedah risiko bahaya!

APA KATA PELBAGAI PIHAK?

KUALA LUMPUR 13 Jan. - Pelbagai pihak menggesa kerajaan supaya bertindak tegas ke atas peserta yang melanggar syarat pihak polis dengan membawa kanak-kanak berumur 15 tahun ke bawah menyertai Himpunan Shamsidar di Stadium Merdeka semalam. Berikut reaksi beberapa pemimpin:

ZALEHA ISMAIL

"KETEGASAN itu perlu untuk memberi mesej kepada ibu bapa sekali gus mencegah perkara itu berulang. Ini bukan perkara yang boleh dipermainkan, adakah ibu bapa tidak sedar bahaya apabila terjadi pertelagahan semasa perhimpunan itu." - TAN SRI ZALEHA ISMAIL, Yang Dipertua Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia.

SHAFIE BAKRI

"TINDAKAN peserta membawa kanak-kanak itu jelas cuba mengambil kesempatan terhadap sikap diplomasi dan toleransi pihak keselamatan dalam himpunan kali ini. Sekiranya berlaku sesuatu di luar jangkaan, sudah tentu mengundang bahaya terhadap keselamatan kanak-kanak terbabit dan pihak penganjur kemudian akan menyalahkan polis." - SHAFIE BAKRI, Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), Shafie Bakri.

MOHAMED MALIKI MOHAMED RAPIEE

"KETEGASAN itu perlu memandangkan tindakan ibu bapa atau peserta membawa kanak-kanak ke perhimpunan itu menunjukkan sikap mereka yang tidak bertanggungjawab. Ini satu manipulasi terhadap kanak-kanak, saya yakin anak-anak tersebut sendiri tidak mengerti tujuan himpunan tersebut." - MOHAMED MALIKI MOHAMED RAPIEE, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM).

MOHD. HASRI MOHD. HADZIR

"TINDAKAN membawa kanak-kanak dalam perhimpunan itu suatu provokasi terhadap polis bertujuan mencetuskan situasi huru-hara. Mereka cuba mencabar pihak berkuasa, apabila suasana kecoh dan huru-hara timbul, sudah tentu kemudian mereka akan salahkan pihak berkuasa." - MOHD. HASRI MOHD. HADZIR, Presiden Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC),

WAN AHMAD FARID WAN SALLEH

"SUDAH tiba masa bagi kerajaan mengetatkan lagi undang-undang di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 dengan memperuntukkan hukuman lebih keras ke atas peserta demonstrasi yang membawa kanak-kanak. Tindakan tegas itu perlu kerana mereka menyalahgunakan kebebasan yang diberi kerajaan dengan membawa anak-anak menyertainya." - DATUK WAN AHMAD FARID WAN SALLEH, Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu.

NORIAH KASNON

"JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) akan bertindak ke atas ibu bapa terlibat yang terbukti melakukan kesalahan itu menerima hasil siasatan polis." - DATUK NORIAH KASNON, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. - UTUSAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.