saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 14/01/2013

KADA peruntuk RM1.27 juta

PASIR PUTEH 13 Jan. - Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) memperuntukkan sebanyak RM1.27 juta bagi membantu seramai 1,035 petani yang mengalami kerugian selepas tanaman padi yang mereka usahakan rosak akibat banjir bulan lalu.

Pengurus Besar KADA, Ibrahim Mat berkata, bantuan berkenaan dijangka disampaikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) dalam satu pertemuan khas dengan petani di negeri ini yang dijadual Khamis ini.

Menurutnya, antara petani yang disenaraikan sebagai penerima bantuan tersebut termasuklah dari daerah Pasir Mas, Kota Bharu, Tumpat dan Pasir Puteh berdasarkan bancian kerosakan yang dibuat sebelum ini.

Beliau berkata, bantuan yang disalurkan membabitkan dua kategori kerosakan iaitu kerosakan padi yang sedang membesar dan padi yang gagal dituai akibat musnah ditenggelami air dalam tempoh lama.

“Berhubung dakwaan 100 petani bahawa mereka tidak termasuk dalam senarai penerima bantuan kerosakan itu pula, saya meminta mereka menyemak semula status laporan kemusnahan tanaman padi melalui Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di kawasan masing-masing," katanya ketika dihubungi hari ini.

Akhbar ini hari ini melaporkan lebih 100 pesawah di bawah Program Rakan Ladang (PRL)Kampung Tasek, PRL Kampung Jelor dan projek mini estet padi Tok Ajam serta bendang Banir Belikong, dekat sini mendakwa kerugian melebihi RM700,000 apabila tanaman padi yang diusahakan penghujung tahun lepas diserang tikus dan sebahagian lagi musnah akibat banjir.

Petani terbabit mendakwa, kerosakan yang dialami menyebabkan mereka hilang punca pendapatan dan terpaksa menanggung bebanan hutang pinjaman dengan Syarikat Padi Beras Nasional (Bernas) yang menyalurkan pinjaman pengurusan penanaman sebelum ini.

Mereka mendakwa, aduan kerosakan dilaporkan kepada KADA, tetapi mereka dimaklumkan tidak disenaraikan sebagai penerima bantuan yang bakal diagihkan.

Mengulas lanjut perkara itu, Ibrahim berkata, masalah itu mungkin disebabkan kesilapan teknikal tetapi ia masih boleh dibincangkan.

“Siasatan mendapati kerugian mereka bukan disebabkan bencana banjir tetapi faktor lain terutama serangan musuh dan penyakit tanaman.

“Ini menyebabkan sebahagian petani terbabit tidak tersenarai dalam penerima bantuan wang ihsan banjir yang hanya diberikan kepada petani yang tanaman padi mereka musnah akibat bencana banjir dan tidak kerana faktor lain seperti ditetapkan oleh pihak kementerian," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:10
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.