saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 15/01/2013

1,000 hari pertama kehidupan penting

LIOW Tiong Lai mengangkat Putri Damia Batrisya Mohd. Rizai, sembilan bulan sambil diperhatikan ibunya, Rapidah Aziz (dua, kanan) dan Kamarul Zaman Md. Isa (kiri), Dr. Noor Laila Sehat (dua, kiri) dan Dr. Noor Hisham Abdullah (tiga, kiri) selepas pelancaran '1,000 Hari Pertama Kehidupan Ke Arah Generasi Sihat' di Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor, semalam.

KUALA LUMPUR 14 Jan. - Penjagaan kesihatan secara serius oleh ibu hamil dapat mencegah penyakit tidak berjangkit dalam kalangan kanak-kanak.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, golongan ibu perlu memberi perhatian terhadap bayi dalam kandungan sejak awal kehamilan sehingga mencapai usia dua tahun.

Sejajar dengan itu, katanya, kementerian mewujudkan kempen '1,000 Hari Pertama Kehidupan Ke Arah Generasi Sihat' kerana dalam tempoh tersebut, simptom penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, kanser, obesiti dan penyakit jantung mudah berlaku dalam kalangan bayi dan kanak-kanak.

Beliau menjelaskan, masalah kurang berat badan bayi ketika lahir dan tidak mendapat cukup zat makanan memberikan kesan kepada penyakit tidak berjangkit.

"Hasil tinjauan kesihatan dan morbiditi kebangsaan pada 2006 mendapati prevalen kekurangan berat badan dalam kalangan kanak-kanak berusia satu hingga tiga tahun adalah 19.8 peratus manakala susut badan 17.2 peratus.

"Oleh itu, pemberian susu ibu kepada bayi yang baru lahir sehingga berumur enam bulan secara eksklusif amat digalakkan memandangkan khasiatnya dapat mengelakkan daripada terdedah dengan penyakit berjangkit," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan kempen '1,000 Hari Pertama Kehidupan Ke Arah Generasi Sihat' di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Kamarul Zaman Md. Isa, Pegawai Perubatan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat, Dr. Noor Laila Sehat dan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

Tiong Lai berkata, peratusan obesiti pada 2011 di negara ini mencatat peningkatan 40 hingga 50 peratus berbanding 30 peratus pada tahun sebelumnya.

Dalam pada itu, beliau turut memberikan lapan aspek penjagaan kesihatan sebagai panduan kepada ibu bapa dalam menjayakan kempen tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.