saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 16/01/2013

Mama-Himsataki sepakat selesai kemelut amah

JAKARTA 15 Jan. - Masalah rakyat Malaysia yang terdesak untuk mendapatkan khidmat pembantu rumah dari Indonesia dijangka berakhir dalam tempoh tiga bulan akan datang.

Bagaimanapun, majikan-majikan di Malaysia perlu bersedia dengan kos tambahan pembiayaan untuk mendapatkan amah dari negara jiran itu.

Perkara itu diumumkan oleh Persatuan Majikan Amah Malaysia (Mama) di sini selepas mengadakan pertemuan dengan Himpunan Pengusaha Jasa Penempatan Tenaga Kerja Indonesia (Himsataki).

Mama dan Himsataki mencapai kesepakatan untuk menyelesaikan kemelut pembekalan amah kepada majikan di Malaysia berteraskan kepada perjanjian yang terdapat dalam memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan Malaysia dan Indonesia.

Kedua-dua badan berkenaan juga sepakat untuk menilai semula struktur kos pengambilan sebanyak RM4,511 yang ditetapkan dalam MoU itu.

Menurut Presiden Mama, Engku Ahmad Fauzi Engku Muhsein, majikan-majikan di Malaysia bagaimanapun tidak perlu terlalu gusar dan bimbang mengenai kemungkinan berlaku peningkatan pada kos pembiayaan amah.

Katanya, struktur kos itu mungkin berubah menjadi lebih tinggi sedikit atau mungkin lebih rendah atau mungkin kekal pada kadar sekarang.

"Penilaian semula struktur kos perlu dibuat dengan mengambil kira yuran penaja yang perlu dibayar oleh agensi pekerjaan Indonesia ketika mereka mengambil calon pembantu rumah dari kampung tetapi ini tidak terkandung dalam komponen struktur kos itu," kata beliau dalam sidang akhbar di sini semalam.

Engku Ahmad Fauzi juga memberitahu, terdapat kos-kos komponen tertentu yang mungkin boleh dikurangkan dalam struktur kos itu dan semua ini akan diambil kira dalam penilaian semula itu sebelum satu kos baru dipersetujui antara kedua-dua pihak.

Mama mengambil keputusan berurusan secara langsung dengan agensi pembekal pembantu rumah di Indonesia bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh majikan di Malaysia untuk amah Indonesia walaupun kerajaan Indonesia sudah menarik balik moratorium (pembekuan sementara) penghantaran mereka.

Sejak kerajaan Indonesia menarik balik moratorium pada 1 Disember 2011, hanya 108 orang pembantu rumah sahaja yang dihantar ke Malaysia.

Jumlah berkenaan amat rendah berbanding 22,000 orang amah yang diminta oleh para majikan Malaysia.

Ekoran daripada kesukaran mendapatkan amah dari Indonesia, majikan-majikan di Malaysia akhirnya mengupah pembantu rumah daripada mereka yang berkunjung ke Malaysia menggunakan pas pelawat dan mendaftarkan mereka sebagai pembantu rumah di Malaysia dengan menggunakan visa JP (Journey Performance Visa).

Justeru melalui kerjasama antara Mama dan Himsataki, Engku Ahmad Fauzi berharap majikan di Malaysia akan lebih mudah mendapatkan pembantu rumah, yang lebih terjamin penawarannya, terlatih, sihat dan terkawal pergerakan mereka.

Kerjasama terbaru yang dirintis oleh kedua-dua pihak itu dilihat sebagai pilihan terbaru kepada majikan-majikan di Malaysia untuk mendapatkan perkhidmatan pembantu rumah Indonesia yang sebelum hanya dimonopoli oleh Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa) dengan Persatuan Perusahaan Jasa Tenaga kerja Indonesia (Apjati).

Awal bulan ini, Papa mengumumkan bahawa persatuan itu dan Apjati mencapai persetujuan menaikkan struktur kos pengambilan pembantu rumah Indonesia menjadi RM6,700.

Jumlah berkenaan bagaimanapun tidak termasuk bayaran tambahan RM1,800 (sebagai pinjaman kepada pembantu rumah yang boleh diambil balik) yang menjadikan kos pengambilan seorang amah berjumlah RM8,500.

MoU yang dimeterai antara kerajaan Indonesia dan Malaysia sebelum ini menetapkan struktur kos pengambilan pembantu rumah Indonesia ditetapkan pada kadar RM4,511 iaitu RM2,711 dibayar oleh majikan dan RM1,800 oleh pembantu rumah berkenaan. - UTUSAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.