saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 18/01/2013

Insentif kahwin ibu, bapa tunggal dapat sambutan

MARANG 18 Jan. - Insentif sebanyak RM2,000 kepada setiap ibu dan bapa tunggal yang berkahwin semula di negeri ini mulai mendapat sambutan.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita Negeri, Datuk Yahya Khatib Mohamad berkata sejak diluluskan bulan lepas, terdapat empat atau lima pasangan datang untuk mendapatkan borang.

"Ramai yang sudah datang jumpa saya untuk bertanyakan bagaimana mendapatkan borang. Mungkin timbul rasa cetusan semangat mahu kahwin, hasil insentif ini.

"Kita doakan mereka mendapat pasangan yang baik dan berkekalan.

"Kita mahu beri keselesaaan kepada mereka. Kalau ibu tunggal atau bapa tunggal kahwin, kita akan bagi RM2,000. Tetapi kalau ibu tunggal kahwin dengan bapa tunggal dan sebaliknya, mereka berdua layak mendapat RM4,000," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata kerajaan negeri juga sedang merangka program perkahwinan beramai-ramai kepada golongan tersebut.

"Kita akan mengadakan satu majlis perkahwinan peringkat negeri di mana pasangan berkenaan berkahwin beramai-ramai dan seterusnya menyampaikan insentif kepada mereka pada hari perkahwinan mereka," tambahnya.

Selain itu Yahya Khatib berkata kerajaan negeri akan membina bangunan dengan kos RM1.5 juta untuk ibu tunggal menjalankan aktiviti di bawah kelolaan Yayasan Pembangunan Keluarga, yang tapaknya sudah diperoleh. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:15
Asar 4:38
Maghrib 7:11
Isyak 8:26



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.